Tekak ni rasa teringin pulak nak makan puding jagung ni hari ni. Sebenarnya cik antan berniat nak buat puding jagung ni hari Ahad lepas, sebab masa along balik dari asrama hari tu dia teringin sangat nak makan jagung dalam tin tu. Jadi cik antan pun berniat nak masak hari Ahad masa dia nak balik ke asrama dan sempena hari bapa. Tapi hasrat tak kesampaian sebab dia terpaksa balik ke asrama pada hari Sabtu. Cik antan pulak hari Ahad tu sibuk siapkan 100cc. Jadi hari baru berkesempatan nak membuatnya. Nanti lain kali lah ye along, ibu buatkan untuk along.... bekas besar sangatlah pulak, ni nak bawa ke sekolah esok...
Udang galah ni lain pulak ceritanya, tadi cik antan ke bandar dan berminat pulak membeli buku masakan Chef Wan, jadi belek punya belek terhasillah menu ni. Sebenarnya ni dah diubahsuai dengan apa yang ada di rumah.
Kalau nak resepinya...tapi tak payah sukatanlah ye...
Udang Galah
sedikit minyak masak untuk menumis
Bawang Merah
Halia
Serai
Daun Kunyit
Cili kering ( cik antan guna cili padi )
santan pekat
garam
gula
( cik antan saja masukkan belimbing buluh sebab ada kat belakang rumah)
Bawang merah, halia, serai dan cili dikisar, kalau ikut resepi chef Wan dia hiris halus. Panaskan minyak masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi, kemudian masukkan udang dan belimbing buluh, bila dah kering sikit masukkan santan, garam, gula secukup rasa. Biarlah merenih kemudian masukkan daun kunyit yang dihiris halus. Bila dah pekat dah boleh angkat. Senang kan....cubalah...
No comments:
Post a Comment