Macam tajuk iklan ler pulak ye....Hari ni 21 Jun 2010, sesi persekolahan penggal kedua dah bermula. Begitu cepat masa berlalu, rasa-rasanya macam baru kelmarin je masuk sesi persekolahan 2010. Hari demi hari berlalu, umur kita semakin meningkat dan yang perlu diingati selalu semakin hampir kita kepadaNya.
Apa-apapun hari ini cik antan melangkah ke sekolah tanpa rasa bersalah. Haaa...nak tau sebab apa???Sebab.....cik antan berjaya juga menyiapkan kerja-kerja pemeriksaan kertas peperiksaan murid-murid cik antan. Tak lah nanti dikata orang kan...Yang paling penting cik antan memang kena siapkan kerja-kerja yang utama dulu kerana itu pekerjaan utama. Kerja-kerja bakeri ni hanyalah sampingan.
Bila dikenangkan 2 minggu yang berlalu ni, macam-macam perkara berlaku...itulah pengalaman yang terus mematangkan kita. Cuma harapan cik antan biarlah hari-hari yang bakal dilalui nanti mendapat keredaanNya. Itulah yang selalu cik antan doakan pada setiap kali solat, keredaan Allah untuk keluarga cik antan dan semua umat Muhammad, biarlah rezeki yang diperoleh itu rezeki yang diberkati...Amin.
No comments:
Post a Comment