Thursday, June 24, 2010

UPSR dan PMR nak dimansuhkan???

Untuk sehari dua ni mungkin topik ni menjadi salah satu topik yang bincangkan oleh guru-guru di sekolah. Ye lah Ujian Penilaian Sekolah Rendah dan Penilaian Menengah Rendah akan dimansuhkan dan pelajar-pelajar akan dinilai berdasarkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Majoriti cikgu sudah pasti tidak menyokong keputusan ini termasuklah cik antan sendiri. Apa taknya tindakan ni akan menyebabkan pelajar bertambah-tambah malas untuk belajar. Masih cik antan ingat pada zaman persekolahan cik antan dulu, masa tu UPSR belun ada tapi kami dinilai dengan Penilaian darjah 5. Kemudian di tingkatan 3 pula kami dinilai dengan Sijil Rendah Pelajaran. Pada masa tu sesiapa yang tak lulus Matematik dan BM sudah tentu tak dapat naik Tingkatan 4, jadi kami semua punyalah takut, study macam nak rak (konon-konon).
Cik antan pun tak berapa ingat sejak tahun bila (sebab tu PTK tak dapat aras 4) PMR dilaksanakan dan kalau tak silap cik antan sejak PMR dilaksanakan semua pelajar dapat melanjutkan pelajaran ke tingkatan 4 waima dia gagal semua mata pelajaran sekalipun. Rasionalnya supaya tidak ada pelajar yang tercicir daripada persekolahan dan mengurangkan kes lepak dalam kalangan pelajar. Bila difikirkan ada jugaklah kebenarannya walaupun guru-guru berhadapan dengan pelbagai masalah apabila pelajar-pelajar yang gagal ni naik ke tingkatan 4. Apa taknya sampai nak ambik SPM pun masih ada yang tak pandai membaca. Apabila semua pelajar dibenarkan naik ke tingkatan 4, maka sudah tentulah bagi pelajar-pelajar yang lemah tidak ada langsung kerisauan di hati mereka kerana walau apa-apapun keputusan mereka, mereka tetap ada tempat di sekolah. Bagi pelajar-pelajar yang sememangnya cemerlang sudah tentulah berlumba-lumba untuk membuktikan kecemerlangan mereka pada sekeping sijil.
Bagi pelajar sekolah rendah pula, sekiranya mereka tidak langsung dinilai cik antan tak tahulah bagaimana reaksi mereka nanti, seolah-olah mereka ke sekolah tanpa tujuan rasanya. Kalau sekarang belajar rajin-rajin untuk dapat 5A di tahun 6, tapi nanti.....
Apa yang cik antan dengar sebab sebab nak dimansuhkan kedua-dua peperiksaan ini ialah pertamanya untuk mengurangkan perbelanjaan mengurus dan yang kedua untuk mengurangkan beban tugas guru yang sering dirungutkan. Tapi apa yang cik antan musykilkan di sini ialah betulkah beban tugas guru dikurangkan kerana bagi cik antan beban yang dikurangkan hanyalah beban SU UPSR dan SU PMR tapi bagi guru-guru yang mengajar beban pasti bertambah kerana PBS dilaksanakan, sedangkan sekarang sudah bermacam-macam PBS telah dilaksanakan dan berbagai-bagai borang terpaksa diisi oleh guru-guru.
p/s : Apa yang cik antan boleh cadangkan di sini ialah pihak kerajaan sepatutnya mewujudkan kembali sekolah-sekolah vokasional untuk pelajar-pelajar yang sememangnya lemah, kerana pelajar-pelajar ini sememangnya tidak berminat untuk belajar dan tidak dapat memahamipun apa-apa yang dipelajari di sekolah. Dengan cara ini mungkin beban tugas guru dapat dikurangkan, kerana beban utama yang dihadapi oleh guru ialah apabila berhadapan dengan pelajar yang tidak minat belajar dan sering melanggar peraturan sekolah.

No comments:

Post a Comment

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...