Dozen Roses Love Note

Tuesday, June 22, 2010

Salah siapa?

Sejak semalam dan hari ini dan mungkin berterusan hingga seminggu ni cikgu-cikgu akan sibuk mengedarkan markah-markah peperiksaan pertengahan tahun kepada murid-murid. Tidak terkecuali cik antan, semalam kebetulannya jadual cik antan 2 masa je, jadi satu kelas jelah yang cik antan pulangkan kertasnya...cik antan ni mengajar BM tingkatan 4, 2 kelas, tingkatan 3, 2 kelas. Di sekolah cik antan tingkatan 4 ada 11 kelas, sama jugak dengan tingkatan 3. Kelas tingkatan 4 yang cik antan ajar ialah kelas pertama dan kelas yang terakhir..jadi bayangkanlah perbezaannya. Semalam cik antan masuk kelas tingkatan 4 yang terakhir, rasa-rasanya semua dapat bayangkan bagaimana jawapan pelajar-pelajar ni. Untuk kertas satu, cik antan dapat siapkan pemeriksaan dalam masa setengah jam je...senang kan...Jadi semalam kertas-kertas peperiksaan mereka dah dipulangkan...dan reaksi mereka selamba je bila tengok markah yang diperoleh. Kadang-kadang cik antan hairan dan sedikit kesal (kelas ni tak ada seorang pun yang berbangsa Melayu) kenapalah pelajar-pelajar ni yang dilahirkan di Malaysia selama 16 ataupun 17 tahun tapi masih tak faham bahasa Melayu. Sedangkan cik antan rasa mat bangla atau mat nepal yang baru datang bekerja kat Malaysia ni pun dah dapat menguasai bahasa Melayu. Di mana silapnya tu.....
Hari ni pulak pagi-pagi lagi cik antan dah masuk kelas tingkatan 4 yang pertama tu, semuanya senyum simpul bila diberitahu yang kertas mereka sudah siap diperiksa, dan bila dipulangkan kertas, masing-masing berlumba-lumba pulak meminta supaya ditambahkan markah. Betapa berbezanya kelas yang tadi dengan kelas yang ini. Puaslah pulak cik antan memasang perisai supaya tidak terpedaya dengan pujuk rayu budak-budak ni. Bukannya apa cik antan tak nak mereka terus alpa dengan markah yang tinggi. Tapi apa yang cik antan kesalkan jugak (kelas pertama ni pun sebenarnya dikuasai oleh pelajar-pelajar bukan Melayu) pelajar yang mendapat markah yang agak rendah ialah pelajar yang berbangsa Melayu. Jadi apa nak dikata? Siapa yang nak disalahkan????cikgu????@pelajar????

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails