Dozen Roses Love Note

Saturday, May 19, 2012

Alhamdulillah... akhirnya sinar itu muncul juga...

Assalamualaikum semua.....

Hari ini sekadar ingin berkongsi berita gembira yang akak dapat hari ini..
Alhamdulillah... akhirnya permohonan pertukaran akak diluluskan setelah menunggu beberapa bulan. Terima kasih akak ucapkan kepada semua yang mendoakan kelulusan ini.
Sebenarnya perasaan gembira dan sedih berbaur..... biasalah kan.... Gembira memang gembira sebab dapat bersatu kembali dengan keluarga akak,tapi sedih juga bila nak meninggalkan sekolah sini dan mula meneroka kembali ke sekolah baru yang belum tahu di mana.... Walau apapun satu rutin kehidupan yang baru akan bermula lagi dalam hidup akak... semoga semuanya membawa pengalaman baru untuk disimpan sebagai kenangan dan pengajaran nanti.... bila dicongak-congak... sekolah seterusnya mungkin sekolah yang ke-5 dan pengetua yang akan akak temui nanti merupakan pengetua akak yang ke-12.... 
Satu lagi yang memeningkan kepala akak sekarang ialah nak mengemas barang2.... banyaknya.... tak tau dari mana nak mula.....kerja sekolah pun banyak yang perlu diselesaikan sebelum bertukar.... 
1 Jati....
Hati ni tertanya-tanya juga, siapalah yang akan mengambil alih kelas tersebut nanti.... pasti pening kepala dibuatnya... namun apakan daya, itulah hakikat yang perlu diterima apabila berhadapan dengan pelajar-pelajar dalam kelas tersebut... Sesiapa pun yang menerimanya diharapkan redhalah ye... mereka hanyalah anak2 muda yang inginkan perhatian....tetapi perlakuan mereka selalunya mencabar kewibawaan kita sebagai guru. 

12 comments:

  1. eh, dah keluar keputusan ke kak...

    ReplyDelete
  2. Ye Cheq Sue, dah keluar keputusannya hari ni untuk pertukaran antara negeri...

    ReplyDelete
  3. tahniah kak...bukan senang nk dpt.

    ReplyDelete
  4. tahniah Yus...semoga berbahagia bersama keluarga trcinta...

    ReplyDelete
  5. Terima kasih Nuwairani dan Kak Zu...

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Terima kasih Rizaida, makin dekat dgn family, tp makin jauh nk balik kg

      Delete
  7. Saya yg tersenyum2 gembira tgk screen permohonan kt ats tu berjaya :-)
    Tahniah k.yus,akhirnya penantian k.yus mendapat pulangan..semoga berbahagia bersama keluarga tercinta, bukan senang nak dpt peluang mcm ni..
    Wpun kita tak rapat sgt tp tetap sedih dgn pemergian k.yus nnt..tak dpt mkn cream puff yg sedap lagi :-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. T kasih Mahani, tak per cream puff tu ramai lg yg pandai buat...;)

      Delete
  8. bagusla..semoga bergembira ditempat baru..hehe..

    http://johariblogger.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. salam akak.... alhamdullilah...akhirnyer dapat juga pindah.... waktu baca sy dah tersenyum mengadap pc nie..... tahniah kak.... selamat bertugas tpt baru......

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails