Sunday, June 6, 2010

Cuti Sekolah Datang Lagi.....

Cuti sekolah datang lagi, sebagai seorang guru cuti ini ci antan sambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Bukan bermaksud cik antan ingin lari daripada tugas harian cik antan, cuma sekadar ingin berehat daripada rutin harian cik antan di sekolah. Mungkin bagi 'baker-baker' yang sudah lama bertapak dalam bidang ini, cuti sekolah merupakan masa yang memenatkan mereka, tetapi bagi cik antan ini merupakan masa untuk cik antan berehat daripada aktiviti bakeri.
Jadi, masa ini perlu cik antan ambil untuk memeriksa kertas-kertas peperiksaan pelajar-pelajar cik antan dan juga menjahit baju-baju tempahan kawan-kawan cik antan yang tidak seberapa tetapi sudah sekian lama tertangguh. Satu perkara lagi dalam masa cuti sekolah ini cik antan juga akan mengambil peperiksaan PTK untuk kali yang terakhir. Doakan cik antan ye....
Dalam berita yang cik antan baca di akhbar hari ini cukup menggembirakan cik antan, guru-guru besar dan pengetua perlu merancang kembali takwim sekolah kerana guru-guru wajib diberi cuti dua kali Sabtu sebulan untuk meringankan beban guru. Alhamdulillah.....dapatlah dua kali Sabtu ini dijadikan hari untuk bersama-sama keluarga dan mengemas apa yang patut di rumah, di samping merehatkan badan.
Jadi, untuk semua rakan-rakan guru selamat bercuti, semoga cuti menjadikan kita lebih bersemangat untuk kembali menjalankan tugas selepas dua minggu nanti...

No comments:

Post a Comment

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...