Dozen Roses Love Note

Tuesday, June 29, 2010

Gula oh Gula

Setiap supermarket mengehadkan seorang pelanggan hanya 2 kilo je. Baru je harga gula naik 20 sen, tak kan nak naik lagi.....Apa-apa lah. Sebenarnya cik antan bukannya nak menulis tentang gula, tapi penyakit yang disebabkan oleh gula. Apa lagi kalau bukan diabetis. Terkejut cik antan semalam sebab salah seorang rakan karib cik antan mengatakan yang paras gula dalam darahnya tinggi melebihi 20. Apa lagi terus cik antan jadi kecut perut, mana taknya cik antan ni jenis yang suka jugak minum air manis. Dalam pada dok masak kek, dok buat coklat, ada jugak yang masuk ke perut. Masa cik antan balik kampung ari tu pun mak cik antan dok cerita ramai sedara-sedara kami yang dah lumpuh, puncanya kencing manis. Mak mentua cik antan ada kencing manis, ipar-ipar cik antan pun ramai yang dah kena kencing manis aka diabetis ni.
Semalam kawan karib cik antan ni kenduri durian pulak kat sekolah, durian kan boleh jugak jd penyebabnya....dalam kecut-kecut perut tu cik antan memberanikan diri jugak ke farmasi ( nak check darah le...)Takut jgk menunggu keputusannya...dan yang tertera di alat tu....jeng...jeng...jeng...6.3, alhamdulillah. Jadi berazam lah konon lepas ni nak kurangkan makan dan minum yang manis-manis ni.
p/s : cik antan rasa faktor keturunan paling kuat menjadi penyebab kepada penyakit ni.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails