Dozen Roses Love Note

Thursday, April 14, 2011

Puteri Tunggalku dah 9 tahun

Assalamualaikum semua.....

Baru terbaca tentang Nieza Finland yang menyambut hari jadinya hari ni. Rupa2nya sama dengan birthday anak perempuan kak antan Afiqah. Jadi hari ni genaplah umur Afiqah 9 tahun, tapi kalau tengok saiz badannya dah macam budak umur 12 tahun.
 Alhamdulillah, walaupun Afiqah atau mesra dipanggil ateh oleh adik beradiknya yang lain membesar dalam lingkungan lelaki, tapi dia masih memiliki sifat2 seorang perempuan. Afiqah seorang anak yang tak banyak ragamnya, sering membanggakan kami sekeluarga dan harapan akak biarlah dia membesar menjadi seorang anak yang solehah. 
 Jadi untuk birthdaynya hari ni, dia minta nak potong kek di sekolah KAFAnnya, jadi terpaksalah kak antan bakarkan 2 biji kek untuknya.Satu dipotong di sekolah dan satu lagi dipotong di rumah pengasuhnya..
 Ini kek yang nak dipotong di rumah pengasuhnya, mesti ikut selera si kecik Awan,kalau tak.....terpaksalah letak gambar Upin Ipin sebab itu yang dimintanya..
Ini pulak 16 cc khas untuk ketua bidang akak Kak Ros, yang juga menyambut hari jadinya hari ini. Selamat ulang tahun Kak Ros, semoga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah....Amin.

2 comments:

  1. Happy Birthday Afiqah... semoga menjadi anak yg soleha... berjaya didunia dan berjaya juga diakhirat...
    salam sayang dari untie ita dari Masam Manis

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum kak Yus..sorry kak lambat singgah sini..tak sempat nk bw..kurang sihat sikit...mkn ubat nk lena jer..haha btw terima kasih atas wish akak yer...sama lak ngan birthday anak akak ni boleh join sekali la tumpang kek tu..hehe happy birthday juga buat Afiqah semoga menjadi anak yg baik yg dibangga keluarga...amin.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails