Dozen Roses Love Note

Friday, April 8, 2011

Terima kasih

Assalamualaikum semua....

Hari ni sebelum masukkan n3, nak gantung award dulu..ye lah akak ni bukan senang nak dapat award ni, tak fofular lah katakan...Terima kasih ye pada Chikadakbiru, yang sudi bagi akak award ni...Akak ni pun macam CB jugak silent reader, jarang nak tinggalkan jejak mungkin sebab itu kot susah sikit nak dapat komen atau apa-apa...
Untuk dapatkan award ni kena penuhi beberapa syarat.
1.  Kena post balik linking pada orang yang memberi award..jadinya TQ to http://chikadakbiru.blogspot.com/
2.  Berkongsi apa jua mengenai diri dengan semua:
  • Seorang anak, seorang isteri dan seorang ibu kepada 4 orang putera dan seorang puteri.
  • Tugas utama di sekolah, bekerja sebagai pendidik dan opsyen utama bahasa Melayu, tapi tahun ni kena jugak mengajar subjek minor Kesusasteraan Melayu
  • Seorang yang tidak begitu peramah, sehingga kadangkala ditegur suami, tapi sebelum kenal je kot. Rasanya kalau dah kenal, cepat mesra sebab tak kenal maka tak cinta..
  • Kalau dulu minat menjahit, tapi sekarang lebih kepada memasak. Sebenarnya sekadar ingin mencuba dan memenuhkan ilmu di dada.
  • Impian utama, ingin mencari keberkatan dan keredaan dalam hidup.
3.  Berikan award ini kepada 15 blog lain yang baru ditemui.
Kak antan ni sebenarnya jarang-jarang jugak menerjah blog orang lain, dan akak tengok dah ramai jugak yang dapat award ni. Jadi rasanya tak sampai 15 kot blog yang boleh akak bagi award ni...
  1. Ayu @ Perjalanan Sebuah Kehidupan
  2. Yatie @ Ketuhar Panas Yatie
  3. Maz @ Ilham Dapur
3 dulu boleh kot, yang lain akak tag kemudian ye...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails