Dozen Roses Love Note

Sunday, April 24, 2011

Talam Kentang Berlapis Inti

Assalamualaikum semua.....

Pagi2 ni sebelum internet ni merangkak2 akak masukkan dulu n3 tentang menu makan2 kat sekolah semalam. Semalam kan sekolah ganti.... dan sekolah kak antan adakan gotong royong perdana. Jadi tergerak hati kak antan nak buatkan talam ni untuk makan2 sebelum bergotong royong. Sebenarnya memang kami dah pakat2 nak bawa makanan. Ada yang bawa nasi lemak, bihun goreng, kek, karipap dan macam2 lagi. Pendek kata sebelum nak bergotong royong tu kenyanglah perut.
Resepi Talam Kentang ni akak dapat daripada kelas Talam Pt2 Chef Asma. Jadi sesiapa yang berminat bolehlah join kelas Talam Chef Asma, memang berbaloi-baloi. Selalu makan talam yang manis2 je kan...sekali sekala kita layan pulak talam yang lemak masin macam ni. Jom layan resepinya...

Talam Kentang Lapis Berinti/ Lapis Kentang Berinti ( nama asal)

Bahan A
  • 200 gm tepung beras
  • 30 gm tepung jagung
  • 1  tbsp tepung hoen kwee putih
  • 270 ml santan pekat
  • 525 ml air
  • 3/4 tsp garam
Bahan B
250 gm ubi kentang yang sudah dikupas, dipotong dadu dan direbus

Cara memasaknya :
  1. Masuk semua bahan A ke dalam periuk dan kacau sehingga naik wap
  2. Masukkan kentang yang telah direbus, kacau, masukkan ke dalam loyang 10" x 10" dan kukus selama 25 - 30 minit.
Lapisan Atas

Bahan A

  • 7 biji telur gred A
  • 50 gm tepung gandum
  • 150 ml santan pekat @ susu segar
  • 250ml air
  • 1/2 tsp garam
Bahan B

  • 250 gm ayam @ daging kisar
  • 2 tbsp rempah kari daging
  • 1 labu bawang besar ( sederhana besar)dipotong dadu
  • Daun kari
  •  2 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah - dikisar
  • Bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis secukupnya untuk menumis
  •  sedikit garam
Bahan C
Cili merah dan daun bawang untuk hiasan

Cara memasaknya:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan B hingga wangi
  2. Masukkan daging kisar dan sedikit air,masak hingga empuk dan kering air
  3. Masukkan garam
  4. Bancuh bahan A dan campurkan bahan B 
  5. Tuang ke atas lapisan bawah tadi, tabur cili merah dan daun bawang dan kukus selama 30 min

Ini pulak koleh kacang yang ditempah oleh Kak Sah, juga untuk makan2...

2 comments:

  1. Sedapnya nampak Talam ni....kak cek copy resepi dululah....

    ReplyDelete
  2. Kak Cek, silakan...memang untuk dikongsi..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails