Dozen Roses Love Note

Friday, April 22, 2011

Alhamdulillah...sudah 16 tahun

Assalamualaikum semua......

N3 hari ni bukan tentang masak-memasak, cuma tentang kehidupan seharian kak antan. Alhamdulillah, hari ini 22 April 2011, maka genaplah 16 tahun kak antan menjadi isteri kepada Adnan bin Hussain....jangan salah baca...hehehe...
Kak antan sangat bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang amat penyayang, sangat memahami dan sanggup menerima diri kak antan seadanya. Sepanjang 16 tahun kami hidup bersama, tidak pernah langsung suaranya ditinggikan pada kak antan, harapan kak antan biarlah ianya berterusan sehingga ke akhirnya.
Dengan dikurniakan 5 orang cahaya mata pelengkap rumah tangga, doa kak antan setiap kali selesai solat, semoga keluargaku sentiasa dalam keberkatan dan keredaanNya. Panjangkanlah umur kami semoga dapat kami bersama-sama membesar dan mendidik anak-anak kami sehingga berjaya.
Semoga kasih sayangNya akan sentiasa melindungi kami anak beranak. 
Untuk suamiku...tidak pernah kupinta harta menggunung, cukuplah sekadar apa yang kita ada. Sentiasa kusyukuri segala nikmatNya. Harapanku semoga kasih sayangmu takkan pernah berkurangan untuk kami. Semoga ikatan ini kekal bahagia hingga hujung usia. Amin.

14 comments:

  1. Salam kak Antan..

    Tahniah & semoga ikatan yg termeteri akan terus berkekalan dengan limpahan kasih sayang dari suami tersayang dibawah lindunganNYA jua... AMINNNN... semoga doa kak antan juga dimakbulkan Allah S.W.T. hendaknya...

    ReplyDelete
  2. Tahniah Intan atas kebahagiaan yang diharungi bersama...happy anniversary...moga kekal bahagia ke akhir hayat...amiinnn

    ReplyDelete
  3. tahniah akak dan family..
    selamat menyambut 16 tahun usia perkahwinan kalian.
    semoga terus berbhagai bersama insan2 tersayang

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah.. tahniah buat antan dan suami.. semoga rumahtangga yg dilayari terus bahagia hingga ke akhir hayat bersama dgn anak2 yg tersayang.. amiin

    ReplyDelete
  5. tahniah kak semoga bahtera yang dilayari bersama berkekalan dan sentiasa mekar mewangi Aminnn

    ReplyDelete
  6. Syukur alhamdulillah dah 16 thn yer usia perkahwinan akak...tahniah buat akak dan suami semoga kebahagiaan milik akak sekeluarga selamanya..insyaAllah.

    ReplyDelete
  7. Tahniah Antan..16 tahun mengharungi suka duka kehidupan.Semoga kebahagiaan & kesejahteraan milik anda sekeluarga.Insyaallah.

    ReplyDelete
  8. salam kak...
    alhamdulillah dah 16tahun melayari bahtera.... mudah2an terus berkekalan hingga ke akhir hayat........

    ReplyDelete
  9. Madihah dan Kak Ummi
    Amin....terima kasih atas doa....

    ReplyDelete
  10. Izah dan Kak Nor
    Terima kasih kerana turut mendoakan kami...

    ReplyDelete
  11. Untuk cik mimi dan Nieza juga terima kasih diucapkan...Nieza pun baru sambut anniversary kan.Juga tahniah daripada akak.

    ReplyDelete
  12. Kak Noor dan Hana,terima kasih atas doa yang diberikan...

    ReplyDelete
  13. hepi aniversari ye! moga cinta kasih kalian akan sentiasa kembang mekar selama2 nye..amin! tahniah ye..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails