Dozen Roses Love Note

Monday, April 25, 2011

Cream Puff dengan krim kastard

Assalamualaikum semua....

N3 untuk malam ni ialah tentang cream puff yang akak buat petang tadi. Resepinya akak ambik daripada sifu kita, siapa lagi kalau bukan cik Mat Gebu kita. Cream puff CMG ni memang kelas. Akak buat 2 aduanan...liciiiiin. Malamnya akak buat lagi 3 adunan sebab ingat nak bawa ke sekolah esok, hubby pun kata nak bawa ke ofis, anak2 pun cakap nak bawa bekal ke sekolah.
Untuk kali ini resepinya akak link kan aje ye ke blog CMG ye, jadi sesiapa yang nak resepi bolehlah klik kat sini ye...di sini akak c n p kan resepinya...boleh yer Mat...


BAHAN CREAM PUFF :-)
50 gram mentega
125 ml air
1/3 camca teh garam
75 gram tepung gandum, diayak
1 biji telur + 1 kuning telur, dikacau sebati
1/2 camca teh esen vanilla

BAHAN CUSTARD CREAM :-)
1 kuning telur
150 ml whipping cream
1 1/4 camca besar tepung custard
25 gram gula halus
1 camca besar parutan keju cheddar ( akak tak letak)
1/2 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK CUSTARD CREAM :- Satukan semua bahan2 untuk custard cream, kecuali keju, kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api kecil hingga panas. Masukkan keju dan terus mengacau hingga bancuhan menjadi pekat. Bila whisk diangkat, adunan jatuh bertali. Alih custard dalam bekas dan tutup dengan plastik cling, tujuan untuk mengelakkan custard tadi ber"kepala" (atau permukaannya menjadi keras). Ketepikan.
  2. UNTUK CREAM PUFF :- Satukan air dan mentega, jerang hingga mentega cair. Masukkan garam dan juga tepung tadi, kacau dengan senduk kayu sehingga adunan menjadi bancuhan kental yang tidak melekat di periuk, gunakan api perlahan. Matikan api, alih adunan ke dalam mangkuk pemutar. Bila adunan suam, putar pada kelajuan sederhana, masukkan telur + kuning telur dan esen vanilla. Putar hingga sebati. Alih kan bancuhan ke dalam beg piping yang dipasang muncung bintang. Paipkan bentuk rosset berdiameter 2 inci atas dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega Buat hingga siap.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selamat 25 minit, bergantung pada oven masing. Sejukkan atas jaringan, kemudian belah, isi ruang dalam cream puff dengan custard cream tadi, ayak sedikit gula aising sebagai penyeri...
Sorry ler, kelabu asap je gambonya...Untuk adunan petang, akak pakai inti CMG, tapi untuk yang malam akak pakai instant custard jer...

4 comments:

  1. Comel2 nya cream puff ni...selalu tgk tapi kak cek tak pernah buat lagi....mesti sedapkan...

    ReplyDelete
  2. Kak Cek, resepi CMG ni memang best, cuba lah, tapi saya guna inti instand custard jer.. lagi senang untuk adunan yang buat malam ni...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Antan...wahhh banyak cream puff kat sini! Teringin pulak nak rasa, mesti sedap kan. Akak tumpang salin resepinya kat sini yea, dah tergoda betul ni..Maceh Antan

    ReplyDelete
  4. Azlina,silakan...resepinya pun daripada CMG..( kita ni sebenarnya sebaya)..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails