Dozen Roses Love Note

Saturday, January 29, 2011

Kek Buah Kukus

Assalamualaikum semua....
N3 hari ni tentang kek buah kukus yang kak antan siapkan malam tadi. Pagi tadi kak antan hantar pada tuannya. Kek ni ditempah oleh Kak Ainizam bagi pihak ibunya yang nak menghadiri kenduri besannya. Kira buah tanganlah ni. Gambar kat atas ni, gambar kek terakhir yang baru keluar dari kukusan.
Kak Ainizam tempah 5 biji semuanya....Terima kasih ye Kak Jam. Resepi untuk buat kek ni akak ambik dari blog Chetam. Jadi akak C n P kat sini ye...


KEK BUAH KUKUS
Sumber: Kak Liza

Bahan:
  • 300 gm tepung gandum
  • 150 gm gula halus
  • 4 biji telur gred B
  • 1 1/4 buku mentega 
  • 250 gm buah-buahan campuran( gaulkan dengan sedikit tepung di atas)
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 3/4 sudu teh cream of tartar
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • sedikit pewarna coklat
  • 1 cawan gula untuk gula hangus

Cara:
1. Butter dan gula dipukul sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanila, dan pewarna coklat
3. Masukkan bahan yg diayak dan buah campur.
4. Masukkan gula yg dicairkan dan kacau rata. (hati2 dengan air gula yang panas)
5. Panaskan kukusan sehingga mendidih.
6. Kukuskan adunan kek selama 2 jam. Jangan biarkan air menitik dalam adunan kek.
7. Sejukkan kek baru dipotong dan hidangkan

2 comments:

  1. Salam ziarah petang kak, bestnye nampak kuih akak ni..tak pernah sy buat lagi..nanti boleh cuba ya...

    ReplyDelete
  2. Cubalah, tapi hati2 masa menuang gula tu, sebab panas...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails