Buat apa ye pagi2 minggu ni? Masak apa? Akak masak lempeng je tadi untuk anak2 dan hubby makan. Sebenarnya hati teringatkan along di asrama, sekolah dia tak ambik cuti tambahan, jadi dia tak balik lg lah. Hari ni 30 Januari maknanya dah genaplah umur along 14 tahun jam 1. 58 pagi tadi. Kalau kat rumah bolehlah potong kek ye long.... nantilah bila along balik rumah nanti, kita potong kat Mentakab ye..InsyaAllah.
ni gambar dia kat asrama ni.... tahun lepas
Bila diingatkan balik masa akak melahirkan along ni kelakar jugak, ye lah pengalaman melahirkan anak sulung. Along dilahirkan 2 minggu awal dari tarikh jangkaan. Sepatutnya dia dijangka lahir pada 14 Februari 1997, selepas Hari Raya Aidil Fitri tahun tu, tapi sebab awal 2 minggu jadi dia lahir pada 21 Ramadhan, dia nak sambut rayalah tu..... 20 Ramadhan tu kak antan masih lagi pergi ke sekolah mengajar, masa tu mengajar sesi petang di SMK Pandan Jaya, Ampang. Petang tu hubby jemput dengan motor lagi dari Ampang balik ke Kajang. Perut dah rasa lain macam, tapi hubby pulak petang tu dia singgah pasar Ramadhan.Kak antan ni walaupun dah rasa tak sedap ikut jugaklah... Masa buka puasa dah tak lalu makan, lepas maghrib terus ajak hubby ke hospital. Dalam perjalanan hubby dok merungut( dia ingat kak antan sakit main2 je, belum nak bersalin.) macam mana nak balik raya kat Alor Setar kalau dok sakit2 cam ni. Lepas kak antan dimasukkan ke wad, dia pun balik ke rumah tanpa apa2 perasaan pun. Malam tu jugak kak antan bersalin jam 1.58 pagi. Masa tu mana lah ada hp lagi, jadi tak siapa pun tahu kak antan dah bersalin, sampailah pagi esoknya, dah pukul 9 @ 10 pagi kot, kak antan cari public phone call dia, dah confirmlah dia kat pejabat...bila sampai kat hospital, dia cerita kawan2 semua marahkan dia, sebab bini nak beranak pun dia masih pergi pejabat.
ni gambar masa dia darjah 3 kot, masa ni kat Kuantan lagi SK Bukit Setongkol.
Setiap anak ada rezeki masing2, bagi kak antan dan suami, along sendiri merupakan rezeki untuk kami kerana dia lahir setelah hampir 2 tahun kami berkahwin dan setelah 2 kali kak antan mengalami keguguran. Along pulak merupakan cucu lelaki sulung untuk kedua2 belah keluarga. Yang paling gembira ialah arwah bapa mentua kak antan, sampaikan along ni dua kali dibayar zakat fitrah tahun tu, sekali oleh hubby kak antan, sekali oleh arwah bapa mentua sebab terlalu gembira dapat cucu lelaki.
Along... ibu harap along jadi anak dan abang yang bertanggungjawab pada keluarga. Ibu dan abah sentiasa mendoakan yang terbaik untuk along.
No comments:
Post a Comment