Tuesday, July 10, 2012

Ikan Patin Masak Tempoyak

Assalamualaikum semua...

Buat apa ye pagi2 ni? Pasti ramai yang sibuk di pejabat atau ada yang tengah sibuk memasak....
Tajuk tentang ikan patin, tup2 gambar kek pulak... Sebenarnya kek gula hangus dan gulai ikan patin ni akak masak Jumaat lepas sempena pot luck kat sekolah akak...dah licin semuanya...
Bila dah post kat fb, ada kawan akak yang bertanya resepi ikan patin masak tempoyak ni. Jadi akak masukkan kat sini semula... ikut cara akaklah ye... tak taulah sama ke tak dengan resepi orang Temerloh... akak ni anak Kedah yang dah lama merantau... celup sana kejap, celup sini kejap... walau apa-apapun negeri Jelapang Padi tetap tanah tempat tumpah darahku...

Ikan Patin Masak Tempoyak

Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan patin - bersihkan dan potong ikut suka
  • 10 tangkai cili padi - nak pedas boelh tambah lagi
  • 4 sudu makan tempoyak
  • daun kesum dan bunga kantan
  • sedikit kunyit hidup
  • asam keping
  • 2 batang serai

Cara-caranya

  1. Cili padi diblender bersama-sama kunyit hidup.
  2. Masukkan dalam periuk dan masak hingga kering air.
  3. Tempoyak diblender dengan air secukupnya
  4. Kemudian masukkan dalam lada yang dimasak.
  5. Kemudian masukkan ikan patin, daun kesum, bunga kantan dan serai.
  6. Masak sehingga sebati semuanya, kalau suka masam masukkan asam keping.
  7. Perasakan dengan garam dan kalau suka sedikit gula... sedikit je.. jangan sampai manis pulak ye...
Untuk Nita... selamat mencuba kalau dah ada tempoyak nanti kay...

2 comments:

  1. kecurnya saya tengok gulai patin tempoyak tu, lama tak makan..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Dik Antan ku.. wah wah dik sedap tu dik gulai patin tempoyak.. rasa nak wat juga ni hmm kalau bulan pose tgk pasti terliurrrr dugaaannn ;)

    ReplyDelete

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...