Assalamualaikum semua...
Sedar tak sedar dah masuk hari ke-9 kita berpuasa, terasa begitu cepat masa berlaku. Terasa macam baru semalam je dok sibuk nak tengok anak bulan, tau-tau dah 9 hari... Mungkin juga disebabkan kesibukan seharian membuatkan kita tidak sedar detik-detik yang berlalu kan....
Berbalik kepada tajuk hari ni tentang Talam Tokyo... sejak bulan puasa ni, jauh pulak berjalan si TT ni.... semuanya bermula dengan Talam Tokyo yang akak buat semasa pot luck sehari sebelum puasa dulu, lepas tu cikgu2 sekolah akak dah merancang untuk menempah pada hari Isnin berikutnya untuk berbuka....
Ini TT yang ditempah oleh kawan akak Atiqah dari Dungun semalam, kebetulan dia datang servis kereta di Kuantan Jumaat lepas jadi dia tempah sekali TT, sebab sebelum tu kawan kami jugak, Huzai dari Shah Alam menempah TT ni sebab kebetulan suaminya ada kerja luar di Kuantan... Itulah yang akak cakap... TT ni jauh berjalan.... satu ke Shah Alam, satu ke Dungun...
Inilah TT yang akak sediakan untk pot luck lepas... bersama-sama dengan RVC...
Ini pulak TT yang ditempah oleh cikgu2 Isnin lepas... Untuk hari Selasa, akak buatkan Seri Muka Gula Merah, terlupa pulak nak diambil gambar dan hari Rabu siapkan TT Huzai bersama-sama Talam Suji untuk cikgu2 sekolah akak... Itulah yang dikatakan kesibukan yang melanda membuatkan kita lupa masa yang berlalu... Hari Khamis akak rehat sehari untuk selesaikan kerja2 PBS akak. Jangan pulak nanti dikatakan membelakangkan tugas hakiki kan... Alhamdulillah markah PBS pun dah selesai di 'key in' sehingga band 3 untuk kebenyakan pelajar...
Ini pulak tempahan untuk Jumaat, lebih kurang 150 biji krim puff untuk cikgu2 sekolah akak. Semalam siapkan tempahan TT Atiqah dan hari ni.... nak rehat lah pulak...
Salam kenal... tertarik ngn nama kuih talam ni... rasa mesti sedap nih
ReplyDeleteFnF, terima kasih berkunjung ke blog akak... kawan2 akak kat sini pun pelik kenapa namanya tokyo.... rasa bagi akak memang sedap...
DeleteSalam kak, alhamdulillah murah rezeki akak. Kalau dah sedap tu mesti org akan order lagi dan lagi.
ReplyDeleteTerima kasih Kaz, alhamdulillah rezeki Ramadhan...
Deletesalam cikgu .. maaf menyampuk .. hehe .. cikgu, sy rasa atiqah kawan ckgu tu,, adalah pensyarah saya, sebab haritu saya ada tgk gambar cikgu kat fb dia. hehe .. cikgu, kongsi la cara2 nk buat cupcake. sy slalu cuba buat, tp x jd cntik dan x sdap pon.:(
ReplyDeleteLiza ye... Atiqah tu schoolmate cgu dr form1 sampai f5... Nak buat cupcake,sebenarnya resepi dia sama jer mcm resepi kek biasa, cuma tukar masuk dlm cup...
ReplyDelete