Dozen Roses Love Note

Wednesday, July 18, 2012

Handphone oh handphone

Assalamualaikum semua.
Tiba-tiba hari ni rasa terpanggil nak menulis kat sini, walaupun lappy akak tak ada, sebab sedang menerima rawatan kerana keadaannya yang terlalu lembab. Isu semalam, iaitu isu pelajar dibenarkan membawa hp ke sekolah... terasa sedih sangat kalau perkara benar-benar berlaku.... Semalam pun anak2 murid akak yang baru ting 1 tu dah bangkitkan dalam kelas, sebabnya sebelum ni akak pernah bangkitkan satu isu pada diorang.... hp dan fb dah mencuri masa anak2 dgn ibu bapa. Bukan main seronok diorang dengan perkembangan terbaru ni.... Bagi akak kalau betul-betul syarat ini dilaksanakan, sebagai seorang guru, akak memang betul2 merasakan yang kami golongan pendidik ni dibelakangkan... sebab rasanya majoriti guru akan menentang pelaksanaan syarat baru ini... sebabnya akan menambah kerja kami dan rasanya selepas ini kami akan lebih tidak dihiraukan oleh golongan pelajar. Pendapat akak sebagai seorang ibu pun, akak tidak bersetuju sebab bila di sekolah, tak mungkin kita akan dapat mengawal anak-anak kita sekiranya mereka tidak menumpukan perhatian di dalam kelas, tapi asyik bersms dan berfb di bawah meja. Golongan ibu bapa yang menyarankan tu mungkin golongan berada yang mampu menghantar anak-anak mereka melanjutkan pelajaran ke mana2 sahaja. Kalau nak dikatakan untuk faktor keselamatan, akak setuju, tapi kenalah syaratnya hp hanya boleh di on kan selepas waktu persekolahan.... sedangkan pada pendapat akaklah, kalau betul anak2 murid akak dalam kecemasan di sekolah, kami sebagai guru yang dah berperanan sebagai ibu tidak pernah berkira untuk meminjamkan hp kepada mereka untuk menghubungi keluarga...

2 comments:

  1. Salam, Kak... Errr.. yg dibenarkan bawa hp tu sy setuju sbb anak sy ni pagi2 dah htr ke sekolah kebangsaan, balik sek tu dia terus pergi sek agama & petang baru sy dtg ambil kat sek aga. Kadang risau juga, ialah, bayangkan masa dari habis sek keb nak ke sek agama tu takut blaku apa2, tu yg perlu dipantau. Kalau masih dlm sek atau dah smpi sek agama tu taklah risau sgt, mklumlah anak kita pmpuan & baru 11 tahun pulak tu. Tapi.. ish, musykil sikit. Mengikut apa yg akak tulis tu, hp tu boleh di'on' sepanjang masa ke???? ITU SAYA TAK SETUJU, sepatutnya walaupun hp dibenarkan tetapi ia mesti di'off'kan sepanjang sesi persekolahan. Selepas waktu sek, contohnya dlm pjalanan balik, barulah boleh di'on'kan utk ibu bapa memantau anak tu.. itu pendapat sayalah, minta maaf kalau salah ya..

    ReplyDelete
  2. Itulah yang akak tulis tu, kalau utk keselamatan ok, tapi kalau tak silap akak ditulis bawa hp dan gadjet ke sekolah, kalau dah gitu rasanya mesti boleh on masa sekolah.... tapi kalau pelajar dibenarkan bawa hp ke sekolah, bg akak lebih mengancam keselamatan sebab diorang ni akan mula jadi sasaran pencuri pulak... Tambahan pulak hp student kdg2 lebih canggih dr hp cikgu.... Tapi yg pastinya cikgu2 tak nak bertanggungjawab kalau student2 ni hilang hp...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails