Thursday, June 2, 2011

Asam pedas ikan pari

Assalamualaikum semua

Menu makan tengah hari hari ni, masih lagi ikan pari... asam pedas ikan pari campur belimbing buluh.
 Resepinya main campak2 jer, mungkin sama jer dengan resepi orang lain. Jom tengok resepinya. Akak masukkan belimbing tu secara kebetulan jer, bila keluar belakang rumah nak ambik serai tadi,nampak belimbing bergayut-gayut terus je lah petik.Terbaca pg tadi Kak Jee dok mencari belimbing buluh, kalau dekat2 boleh hantar...

Bahan-bahannya:

Ikan pari secukupnya
15 tangkai lada kering
1 labu bawang besar sederhana besar
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras
sedikit belacan
air asam jawa
2 batang serai
sedikit belimbing buluh
daun kesum.. ( suka2 sebab daun kesum yang hubby tanam kat belakang rumah dah hidup)

Lada kering, semua bawang, buah keras dan belacan diblender hingga halus dan tumiskan hingga naik bau.
Masukkan serai yang sudah diketuk dan belimbing buluh
Masukkan air asam jawa dan tunggu hingga mendidih.
Masukkan ikan pari dan tunggu hingga mendidih lagi dan masukkan daun kesum.
Perasakan dengan garam. Siap.... 
 Ini pulak ciskek yang akak siapkan pagi tadi.Kek ni ditempah oleh Kak Nor jiran akak sempena birthday suaminya Cikgu Kamal hari ini. Tahun lepas Kak Nor tempah kek karot, tahun ni beralih rasa ke ciskek pulak

2 comments:

  1. Assalam Kak Yus, sedap tgk asam pedas ikan pari tu kak...lama dah tak mkn ikan pari sejak dok sini tak jumpa lagi ikan pari tu..kek tu pun menarik sure sedap tu..:)

    ReplyDelete
  2. Salam Nieza, ikan pari ni memang sedap.. masak apa2 pun sedap.

    ReplyDelete

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...