Dozen Roses Love Note

Monday, June 6, 2011

Roti Pondok Inggeris dicampur kentang

Assalamualaikum semua....

Untuk minum petang anak2 hari ni akak cuba bakar roti pondok inggeris ni, ambik resepi dari blog CMG tapi diderhaka sikit ye cik mat, akak tambah kentang lenyek...
inilah rupa kejadiannya...
tekstur dalamnya....
Jom layan resepinya....

English Cottage Bread
( sumber asal : Alex Goh )
( sumber : CMG)

BAHAN-BAHANNYA :
200 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
30 gram gula halus
5 gram garam halus
10 gram susu tepung
1/2 camca teh bread improver (akak tak letak)
1 3/4 camca teh instant yeast
30 gram telur (kacau 1 biji telur, dan timbang)
130 ml air sejuk (dari peti ais)
30 gram mentega
30 gram kentang lenyek ( rebus dan lenyek baru ditimbang)
Sedikit mentega, untuk disapu*
Sedikit gula untuk ditabur*
CARA MEMBUATNYA 
  1. Satukan bahan diatas kecuali yang bertanda (*) dan mentega. Gaul hingga semua sebati dan menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat adunan yang kenyal dan lembut. Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan bungkus bekas tadi dengan plastik, perap 1 jam atau hingga naik sekali ganda.KAEDAH LAIN :-Masukkan semua bahan untuk doh ke dalam Breadmaker, kecuali bahan bertanda (*). Pilih setting untuk "doh" dan tekan "on". Tunggu hingga siap.
  2. Gris acuan berukuran 8 inci x 5 inci x 5 inci dengan mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Kemudian gulung doh tadi seperti swiss roll, kemaskan dan masukkan ke dalam acuan tadi. Biar kan selama 45 minit hingga naik.
  3. Dengan menggunakan pisau tajam, toreh memanjang permukaan roti tadi. Sapu sedikit mentega dan tabur dengan gula. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 30 minit atau kuning keemasan bergantung pada oven masing2.
  4. Bila roti masak, keluar dan sejukkan atas jaringan sepenuhnya...

8 comments:

  1. nampak sedap & gebu jer roti tue....ada lagi tak kak?hihi

    ReplyDelete
  2. Salam Atie,
    Dengan anak akak yang 5 orang ni, sekelip mata jer licin...

    ReplyDelete
  3. anak2 suka makan roti baru kuar ketuhar... wangi & gebussss....

    ReplyDelete
  4. salam k.antan...cicah dgn mushroom soup sekejap aje dah licin...sedapnye lah....

    ReplyDelete
  5. Amie... betul... gebu sangat...hari ni nak buat lg ada request..

    ReplyDelete
  6. Ucu Faridah,

    Kat rumah akak diorang cicah teh o je...liciiinnn.

    ReplyDelete
  7. akak..memang nampak lembut gebu jerk roti tu...

    ReplyDelete
  8. Memang gebu Mas.. anak2 akak sekali hadap je...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails