Friday, June 10, 2011

Projek Aqil pagi ni...Puding Roti

Assalamualaikum semua...

Pagi ni sambil membakar kek yang ditempah, akak melayan si Aqil anak akak yang 6 tahun tu mengadun puding roti ni. Sebenarnya sejak minggu lepas lagi dia dah beria-ria sangat nak membuat puding ni.
Dia belajar buat puding ni masa dia join kem kat tadika dia minggu lepas. Sebenarnya cikgunya cuma demo kan aje. Dapatlah diorang bawa balik sorang seketul. Itu yang beria-ria sangat tu.
 Sejak minggu lepas lagi dia dok suruh akak belikan roti dan susu. Jadi dia dok mengendeng jer susu UHT akak kat dalam peti sejuk tu, jadi bila hari ni akak bagi green light dia pun mulakanlah projeknya. Mula2 dia minta bantuan Atehnya memotong roti, akak pun tak tahu berapa keping roti yang dia guna, akak dok memerhati dari jauh jer,...cuma bila dia nak masukkan susu jer akak tolong tuangkan sebab kalau ikut  apa yang dituangnya mahu keras puding ni. Takut kot nak tuang susu banyak2, padahal ibunya tak nak marah pun sebab ibunya pun makan jugak...Akak tuang susu tu agak2 tenggelam roti yang dia masukkan tu...Dia masukkan telur 4 biji dan akak jugak tolong masukkan gula. Main agak2 jer, adalah kot dalam 5-6 sudu makan. Sebenarnya masa akak belum kahwin dulu memang selalu buat puding ni dan memang tak ada sukatan pun main agak2 jer
Puaslah hati dia hari ni.. cuma abahnya je yang tak dapat makan, dapat tengok gambar jelah sebab dia kat KB minggu ni... nanti dia balik suruhlah Aqil buat lagi... mesti lagi dia suka kan sebab projeknya dihargai...

8 comments:

  1. assalam wah dah pandai wat kuih dah dia...emmmleh jadi cheff ni..hihihi

    ReplyDelete
  2. Hehehe... kalau projek kat sekolah cikgu2 kena tulis ' with assistance ' @ ' dengan bimbingan '

    ReplyDelete
  3. salam k.antan, rajin betul la aqil ni...teruskan ye....mesti sedap ni...

    ReplyDelete
  4. Ucu... budak2 memang suka meneroka... cuma kadang2 kita yang tak mampu nak membimbingnya..

    ReplyDelete
  5. Bagus sekolah sekrg byk aktiviti2 gini.. Bebudsk jadi kreatif.. Rajin aqil nak buat puding roti

    ReplyDelete
  6. wahhhhhh bagusnyer 6 tahun dah pandai buat puding gini, ank2 kita pegang senduk pun kita tak bg kikiki.... buat keca jerrr kalau buat kek pun sama sibuki org nak buat sibuk jugak masing2 duk depan menunggu giliran nak pegang mixer :D

    ReplyDelete
  7. Juwita, betul tu, mencungkil minat budak2...Aqil ni selalu mengejutkan sikit... n3 pertama akak dalam blog ni pun tentang Aqil...

    ReplyDelete
  8. Ika,
    Sama je Ika budak2 ni pun. Kita dok depan mixer, diorang siap tarik kerusi nak diri jugak depan kerusi....last2nya diorang kat depan kita kat belakang...

    ReplyDelete

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...