Dozen Roses Love Note

Friday, June 3, 2011

Bakso Simple

Assalamualaikum semua...

Menu makan malam hari ni...bakso simple @ kosong. Memang betul2 kosong tak der rencah2nya pun.
 Anak-anak akak memang suka sangat bakso ni, especially meat ball tu...

 Inilah rupa bungkusan meatball yang akak guna, hubby akak belikan, akak pun tak tahu dari mana.Tapi memang sedap..akak pernah beli kat pasaraya tapi tak sedap...
 Resepi bakso akak simple jer... tak taulah betul2 bakso atau bukan

Bahan2nya:

1 paket meatball
1 labu bawang besar yang agak besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
3 batang serai diketuk
2 sudu besar lada hitam
minyak untuk menumis
air secukupnya
( boleh masukkan daging yang direbus bersama air rebusan daging kalau ada)

Blender bawang, halia dan lada hitam
Tumiskan bahan yang diblender hingga wangi dan masukkan serai
Masukkan meatball
Kemudian masukkan air secukupnya
Biarkan mereneh seketika
Perasakan dengan garam
Sedia dimakan dengan bihun yang dah dicelur

Akak buatkan sambal kicap,.
Lebih sedap dimakan dengan tauge dan kobis yang dipotong halus.
Ini menus simple sarapan pagi tadi, jemput2 oat dengan kuah kacang...

3 comments:

  1. sedapnya bakso kak....simple pun sodap:)

    ReplyDelete
  2. salam ziarah kak..sedapnye bakso tu..nanti boleh cuba buat ni..Fie tak pernah buat lagi..cuma pernah makan yg dibeli..selamat bercuti..bestkan cuti..Fie balik kg kejap..rindu kat family di kampung..

    ReplyDelete
  3. bakso..belum pernah masak. masakan dari indonesia ke?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails