Dozen Roses Love Note

Sunday, December 11, 2011

Sambal Hitam Pahang

Assalamualaikum semua....

Hari ni pagi2 curi masa sekejap mengadap lappy, masukkan n3 tentang sambal hitam Pahang yang sempat akak buat Rabu lepas. Memang sedap sambal ni. Kebetulan pulak nak menghabiskan belimbing kat belakang rumah yang bergayut-gayut dan dah banyak yang gugur tu.
Bahan-bahannya:


  • 15 biji belimbing buluh yang direbus hingga kering
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih 
  • 6 biji cili padi ( ikut kepedasan cili padi masing-masing)
  • segenggam ikan bilis
  • sedikit minyak untuk menumis
  • garam secukupnya

Cara-cara membuatnya:

  1. Belimbing direbus hingga kering atau kehitaman, perlu selalu dibalik-balikkan sebab takut hangit dan melekat.
  2. Bawang merah, bawang putih dan cili padi ditumbuk halus. Ikan bilis ditumbuk kasar (terpulang masing-masing, boleh juga ditumbuk halus)
  3. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang ditumbuk.
  4. Kemudian masukkan belimbing.
  5. Masak hingga kering dan perasakan dengan garam secukupnya.
  6. Perlu selalu dikacau macam buat serunding.
Selamat mencuba... anak2 akak pun suka makan. Kami sempat makan sekali saja, yang selebihnya habis diratah along...

4 comments:

  1. sambal hitam walaupun hitam tapi sedap..mieza kalau sambal hitam tak habis, mieza akan keringkan sampai jadi serunding..pastu makan dengan roti pun syedap...kak yus punya sambal hitam ni mesti sedap!

    ReplyDelete
  2. salam kak ^^ tun pun baru rebus belimbing buluh tadi.. dh lama dh teringin nk buat, balik kampung ni kebetulan jumpa belimbing buluh dlm peti ais. hihi.. tp dh rebus td, tgk2 ikan bilis x cukup. haha.. so terperap la belimbing tun kat periuk tu..

    ReplyDelete
  3. Mieza... kat rumah kak tak sempat nak makan kali kedua pun... habis diratah...

    ReplyDelete
  4. Tun... tak pe.. ikan bilis boleh beli... nanti boleh lah buat sambal hitam....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails