Tuesday, December 20, 2011

Perasaan.....putus asa... reda....namun masih mengharap walaupun jauh...

Assalamualaikum semua....

Dah dua tiga hari tak update blog... nak kata sibuk tak jugak.... nak kata penat, penatlah jugak.... tapi sebenarnya mood akak yang tak ada... bulan Disember dah nak sampai ke penghujungnya, namun semuanya masih bisu.... bila dengan kawan2, akak cuba bergembira, walaupun walang di hati tiada siapa yang dapat meneka.... bila balik ke rumah... semuanya menjadi sepi walaupun dalam keriuhan anak-anak.
Perasaan sebenarnya seolah-olah dah putus asa, cuba memujuk hati untuk reda menerima, sekiranya semua ini yang telah ditentukan olehNya.... pasti ada hikmah di sebaliknya.... namun jauh di sudut hati masih mengharap semoga masih terdapat sinar di celah-celah awan mendung ini.
Mungkinkah esok, sinar itu akan muncul menyapa?...


10 comments:

  1. salam kak...nape kak?tp atie nak doakn,semoga bykkan bersabar & serahkn semuanya pada ALLAH,InsyaAllah...cahya terang akan mula bersinar....

    ReplyDelete
  2. Pasal pertukaran akak ke Kuantanlah Atie... bila call Kementerian, katanya suruh tunggu surat, tapi sampai sekarang masih tak de suratnya...

    ReplyDelete
  3. sabark kak ye..ada hikmahnya tu..harap2 apa yg akak impikan jd kenyataan

    ReplyDelete
  4. Salam Kak,smg akak dapat bersabar dan teruskan berdoa kpd Allah. Hanya Dia yg menentukan segala-galanya, jadi jgnlah akak berputus asa ya. Kaz faham sgt dgn masalah pertukaran guru ni, ada kawan2 yg bertahun2 menunggu tapi tak dapat2 walaupun ada alasan yg munasabah. Sedangkan ada juga yg baru mengajar, sekali apply terus dapat.Sabar ya Kak.

    ReplyDelete
  5. Anna, terima kasih atas kata2 semangat tu.....

    ReplyDelete
  6. Kaz, terima kasih sudi menjenguk ke sini....tapi itulah kita hanya yang menurut perintah...

    ReplyDelete
  7. Assalam Yusa, owh...x dapat tukar lagi eh...eeemm, suami dan anak2 kat Ktn dah ke? Alahaaaiii...Akak doakan semoga akan termakbul jugak impian bertukar tu nanti....amiiin.. Banyakkan lg berdoa dan bersabar yea. :)

    ReplyDelete
  8. Waalaikumsalam Kak Ummi, suami jer kat Kuantan, anak2 dengan saya... susah kalau dengan abahnya sebab abahnya selalu outstation,jadi selagi saya belum dapat tukar, diorang kat sini lah.. terima kasih atas doa...

    ReplyDelete
  9. Byk2 sabo ya Antan...Insyaallah....ada rezekinya nanti...

    ReplyDelete

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...