Tuesday, May 31, 2011

Happy Birthday Angah...

Assalamualaikum semua...

Hari ni 31 Mei, genaplah 13 tahun umur anak kedua akak, angah ataupun nama yang diberi Muhammad Luqman. Sebenarnya ada cerita di sebalik nama yang diberi, tapi tak perlulah dituliskan di sini sebab susah pulak akak nak menyusun ayatnya...
Mengimbau kenangan mengandungkan angah agak besar cabarannya sebab jarak antara along dan angah agak rapat. Tahun 1998 pulak negara kita dilanda fenomena El Nino yang agak teruk hingga menyebabkan negeri Selangor terpaksa dicatu airnya. Akak ingat lagi bila terjaga tengah malam bila terdengar air paip turun akak terpaksa bangun membasuh pinggan mangkuk yang memenuhi sinki dan membasuh kain baju yang di dalam mesin. Sejurus selepas kelahiran angah pulak akak diserang penyakit tekanan darah tinggi secara tiba2, sedangkan semasa mengandungkan dia tak ada pulak. Terpaksa ditahan di wad selama 2 minggu. Namun alhamdulillah, walaupun semasa dilahirkan berat angah hanya 2.18kg, tapi sekarang dialah yang paling besar dalam keluarga. 

Doa ibu, angah akan membesar menjadi anak yang baik, hormat kepada orang tua dan patuh kepada ajaran agama.

4 comments:

  1. mesti angah baca entry ini dia akan merasai pengorbanan kak,,

    selamat hari lahir anagh, bertuah awak dapat ibu yang sangat2 baik hati

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Ayu....

    Agak sukar untuk anak2 memahami pengorbanan kita Ayu...

    ReplyDelete
  3. happy birthday buat angah...semoga menjadi anak yang soleh,baik dan membanggakan keluarga...insyaAllah.

    ReplyDelete

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...