Friday, May 6, 2011

Hati seorang Ibu.....

Assalamualaikum semua...

Dah agak lama tak bersiaran...baru semalam balik dari Pulau Pangkor. Ingat nak upload gambar2 kat Pangkor, tapi tunggu dululah, tergerak pulak nak tulis tentang berita sedih yang hangat diperkatakan sekarang. Di saat2 ibu2 nak menyambut hari ibu, negara digemparkan dengan berita 3 beradik lemas di Taman Rekreasi Ulu Bendul. Bagi semua ibu, sudah pastilah berita ini amat menyayat hati..bagi kak antan sendiri pun mengalir air mata bila melihat gambar tiga beradik tersebut yang sedang tidur menghisap susu sebelum kejadian itu berlaku.
Tak dapat dibayangkan bagaimana perasaan ibu mereka, Wan Azleela Wan Abdullah menerima takdir ini. Anak2 yang sedang keletah bertanya itu dan ini, yang perlakuan mereka kadang kala membuat kita tersenyum sendiri, tiba2 hilang sekelip mata. Pasti setiap saat akan terbayang2 dan setiap malam akan termimpi2. Namun seberat-berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Yang pasti anak2 ini tentulah syurga tempat mereka. Allah menguji umatNya yang tabah menghadapiNya. Pasti ada hikmah di sebaliknya...dan yang paling pasti Allah tidak akan pernah menzalimi kita....

6 comments:

  1. Salam kunjungan.. turut simpati dgn keluargamangsa.. semoga ibu2 tabah dengan pelbagai dugaan. Salam hari ibu.. singgah la ke blog saya ;)

    http://www.zuwairiaiman.com

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas kunjungan, insyaAllah akak akan buat kunjungan balas...

    ReplyDelete
  3. salam kenal
    memang sedih bab2 anak2 ni..rasa tk sanggup jika terpaksa hadapi kejadian yg menyayat hati ini..

    ReplyDelete
  4. salam..suratan takdir, hanya Allah yang maha mengetahui disebaknya. Semoga ibunya tabah. Cik antan tentu lebih emosi kerana baru tinggalkan anak2...SELAMAT HARI IBU.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kak Syima, memang betul tu, saya baca berita masa di Pangkor, teringat2 anak saya yang kecik tu sebab baru 4 tahun...Selamat hari ibu jugak untuk Kak Syima...

    ReplyDelete
  6. Salam kak..

    Peristiwa2 mcm ni mmg menyayat hati kita.. Tapi tentu Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya.. Cuma kita sebagai manusia mempunyai pelbagai perasaan dalam menghadapi situasi seperti ini kan.. Sedih kan kak..

    Kak, Naz ada anta msg kat fb akak.. Nanti tgk eh..

    ReplyDelete

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...