Monday, May 16, 2011

Gurukah Aku?



GURU OH GURU
(USMAN AWANG)
Berburu ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Gurukah aku? Tajuk salah sebuah buku yang ditulis oleh seorang pengetua cemerlang Puan Norbi Hussain. Akak sendiri sering tertanya-tanya pada diri sendiri...gurukah aku? Adakah betul bila guru diibaratkan seperti lilin, membakar diri menerangi orang lain...dalam meladeni karenah pelajar-pelajar sekarang, terkadang dirasakan diri ini gagal menjadi seorang pendidik seperti yang diamanahkan. Salah guru atau salah siapa apabila pelajar-pelajar sekarang seakan sukar untuk dididik dan diajar. Apabila dihayati sajak di atas, seolah-olah jasa guru begitu dihargai...namun hakikatnya, hari sambutan hari gurulah merupakan salah satu hari yang dianggap oleh pelajar-pelajar sekarang sebagai hari yang tidak perlu ke sekolah.....Sambutan Hari Guru hanya dipandang dingin oleh pelajar-pelajar, dan akhirnya Sambutan Hari Guru hanya disambut oleh guru-guru sahaja dan segelintir pelajar yang betul-betul menghargai jasa guru atau????? Tetapi, hati ini begitu gembira hari ini, apabila menerima SMS daripada bekas anak murid yang mengucapkan selamat hari guru dan masih ada bekas anak murid yang mengucapkan selamat hari guru di fb. Namun walau apa-apapun hakikatnya, kepada guru-guru yang pernah mendidikku sejak tadika, di SRK St. Nicholas Convent, Alor Setar, SM Sultan Abdul Halim, Jitra dan SM Tunku Abdul Rahman, Alor Setar, ribuan terima kasih diucapkan jasa kalian memang tak mungkin dibalas, tanpa kalian mungkin aku tidak menjadi aku yang sekarang. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian. Juga untuk rakan-rakan seperjuangan, semoga kita akan terus menjadi guru yang lebih komited dan sabar....InsyaAllah. Selamat Hari Guru....

6 comments:

  1. Assalam Antan, waaah Guru jugak ke...Selamat Hari Guru, semoga sentiasa disayangi murid dan dirahmati Allah swt jua hendaknya...Banyak dpt hadiah ke hari ni? hehe

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Kak Ummi, sekolah saya tak sambut lagi, hari last sebelum cuti nanti...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum dear..:):)


    Selamat Hari Guru yaaa..:):)
    Opss!!lewatnya sambut hari guru..maybe nak beri laluan utk exam kut...:):)

    ReplyDelete
  4. Antan....

    Selamat Hari Guru...Guru...insan hebat...perintis generasi cemerlang dimasa hadapan....:)

    ReplyDelete
  5. Kartini..
    Jumaat lepas, dah dibuat majlis persaraan salah seorang guru, jadi exam dah tangguh sehari,jadi tak mungkin exam ditangguh lagi 16 hb...sbb tu sambut hari last nanti....

    ReplyDelete
  6. Kak Cek,

    Terima kasih....doakan kami supaya terus tabah dan bersemangat...

    ReplyDelete

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...