Dozen Roses Love Note

Wednesday, October 3, 2012

Popia Kentang

Assalamualaikum semua...
Tetiba jer hari ni terajin nak masukkan n3 tentang popia ni... Sebenarnya dah tayang pun gambar popia ni minggu lepas kot.... saja je hari ni nak masukkan resepi, walaupun orang lain semua dah tahu... Popia ni akak buat Ahad dua minggu lepas, masa akak buat tu husband akak tak ada, akak ada mms gambar kat dia, tapi dia tak terima katanya... akak ada jugak simpan sikit, frozen kan untuk dia rasa... jadi minggu lepas, akak gorengkan sebelum dia pergi kerja... sebab tak sempat makan, dia bawa ke pejabat jer... bila petang tu akak nak tanya jgk... bukan apa... takut dia lupa makan.... tak sempat akak tanya dia cakap... sedap lah popia tadi... beli kat mana?...Terus akak cakap... amboi.... under istimate ibu ye!.... (dalam hati seronok jugak sebab kena puji.. .. hihiihii... mok cik perasan) Macam akak tulis dulu lah, akak ni tak pernah buat popia... itu yang semuanya macam tak konfiden aje dengan popia tu...oops.. tak konfiden dengan akak... daripada anak sampai ke bapaknya. Resepinya biasa2 jer.. mungkin orang lain buat lagi sedap kot... tapi pada yang ingin mencuba, boleh lah mencuba...

Popia Kentang

Bahan-bahannya
  • Kulit popia secukupnya
  • 5 biji kentang - akak parut je macam buat inti popia biasa
  • Sekeping daging kisar Ramly
  • 1 labu bawang besar ( potong dadu )
  • 2 pokok daun sup ( hiris )
  • Serbuk lada hitam dan garam secukupnya
Cara-caranya

Tumiskan bawang besar hingga layu
Masukkan daging kisar dan biarkan betul2 masak.. kalau tak suka daging boleh jer ganti dengan ayam
Kemudian masukkan serbuk lada hitam dan kentang.... masak hingga betul-betul masak
Masukkan daun sup dan garam secukupnya...
Kemudian bolehlah digulungkan dalam kulit popia gamkan hujungnya dengan telur dan bolehlah digoreng

10 comments:

  1. Salam Kak Yus...sedapnya tu.Dah HB puji mmg sedap sgt la..cicah lak ngan sos.Yummyyyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atie... sedap ke tak tu akak tak berani nak cakap sebab sedap tu subjektif... ada yang kata sedap, mungkin ada yang cakap tak... asal memenuhi citarasa keluarga...

      Delete
  2. salm mmg suka mkn popia nak pulak inti kentang...inti kalau buat lebih leh juga letak dlm pau ke, karipap ke kan....sdptu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sheila... masa buat tu, anak2 akak memang dah booking kalau ada inti lebih...

      Delete
  3. Replies
    1. Marsita... makan panas-panas memanglah rangup...

      Delete
  4. Salam Ziarah, waduh petang2 tngk popia kentang ni....wat terliur je..makan panas2 dngn kopi O....mmng best sangat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yatie.... kalau kena dengan air tangan Yatie, mesti lagi sedap...

      Delete
  5. Ada resepi buat kulit popia tak?sedap tu makan inti buat sendiri

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails