Wednesday, March 9, 2011

Serampang Tiga Mata

Assalamualaikum semua...

Akhirnya selepas 3 kali mencuba, barulah berjaya nak upload gambar2 ni... Dari malam tadi mencuba, ada je yang kena...Semalam kak antan cuba buat cendol sendiri..alhamdulillah menjadi..tapi buruk je rupanya ye...

Sebahagiannya dibuat untuk minum

Sebahagiannya dapatlah dibuat kuih talam....

Resepinya sama macam kat blog Bdaria...nanti akak c n p. Nasib baiklah cendolnya sekata, akak pernah buat dulu, cendol semua naik ke atas, jadi macam 1 layer pulak...ok resepinya kat bawah ye...

TALAM CENDOL
Sumber: Kelas talam chef asma

Lapisan bawah
Bahan A
·         200gm tepung beras*
·         250ml santan pekat*
·         450ml air*
·         1 tbsp tepung jagung*
·         150gm gula caster(saya kurangkan kepada 120gm)
·         1 tsp garam

Bahan B


200gm cendol @ 1 paket kecil



Cara-caranya:-
1.        Satukan bahan bertanda (*) dan tapis kedalam periuk. Masukkan bahan lain dibahagian A
2.       Masak bahan A sehingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut)
3.       Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata
4.       Masukkan kedalam loyang 10 x 10 x 2 yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik
5.        Kukus selama 25 minit
6.       Selepas masak, cakar-cakar dengan garpu

Lapisan Atas
Bahan-bahannya:-



Bahan A
·         300gm gula merah (saya guna gula melaka/gula kampung)
·         50gm gula castor
·         500ml air
Bahan B
·         150gm tepung gandum
·         3 biji telur (boleh guna 5 biji kalau nak banyak telur)
·         250ml santan pekat
·         1/2 tsp garam
Cara-caranya:-

1.        Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar
2.       Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati
3.       Masukkan bahan A kedalam B dan tapis dan masukkan kedalam periuk
4.       Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja)
5.        Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit

6 comments:

  1. sedapnya cendol kak..lama dah tak buat...malas sama sebenarnya...hehe kuih talam tu nampak kemas jer...cantik berseri kalau saya buat tak jadi mcm tu pun.

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaa cendol, lama xmakan:) nyummm talam cendol fav saya..hehe

    ReplyDelete
  3. salam antan...
    sedapnye cendol especeli talam cendol tu...nmpk cantik je..
    dulu pernah gak cuba buat cendol sendiri..
    jd camtu la sebijik coz xde acuannye...

    jemput singgah ke blog saya dan kalau sudi jemput jd follower saya di : estee8980.blogspot.com

    salam perkenalan

    ReplyDelete
  4. Assalam kak antan,
    cantik warna lapisan atas kuih talam ni...
    kita suka gini..selalu gula melaka yg kita gunakan tak gelap colournya..huhu..

    ReplyDelete
  5. Salam kak antan,
    Kempunan betul nampak cendol tu. huhu.. segarnya diletak ais ketul. hehe...
    Dah lama tak makan talam cendol

    ReplyDelete
  6. Nieza, mama Olyn, Estee dan Indah...nanti akak bg sorang semangkuk ye...
    Ayu, akak pakai gula merah cap bintang, jd hitam camtu..tak tau lah kat tempat Ayu ada ke tak...

    ReplyDelete

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...