Assalamualaikum semua....
Hari ni n3 kak antan bukan tentang masak-memasak, cuma ingin meluahkan tentang apa yang dilihat, dialami dan diperhati di sekeliling kak antan. Andai ada antara pengunjung yang terasa bosan, tak perlulah dihabiskan pembacaan ini. Tulisan ini tidak bertujuan untuk menyinggung mana2 pihak, sekadar peringatan untuk diri sendiri sebagai makhluk Allah yang serba kekurangan....
Hati itu kerajaan di dalam tubuh,
Jikalau zalim segala anggota pun akan roboh.
Apabila dengki sudah bertanah,
Datanglah daripadanya beberapa anak panah.
Mengumpat dan memuji hendaklah fikir,
Di situlah banyak orang tergelincir.
Itulah antara petikan daripada Gurindam Memelihara Anggota dan Hati Daripada Kejahatan. Tiada manusia yang sempurna dalam kehidupan ini, cuma kita perlu berusaha untuk menjadi sempurna. Namun apa yang dikesalkan, ada sesetengah manusia yang suka menikam orang dari belakang untuk menunjukkan kesempurnaannya.
Sesungguhnya segala yang berlaku berpunca daripada hati. Hatilah yang menguasai perilaku manusia. Sekiranya hati seseorang itu dipenuhi dengan hasad dengki, dendam, iri hati, maka akan berlakulah segala perkara yang tidak disukai.
Kita mampu menilai orang lain, tapi terlebih dahulu nilailah diri sendiri..adakah kita cukup sempurna untuk menilai dan mengkritik orang lain. Kita tidak tahu apa yang bakal terjadi di hadapan kita...Apakah dengan menyalahkan orang lain kita akan dianggap sempurna. Jauhilah budaya Bangau oh Bangau, cubalah muhasabah diri sendiri, carilah kelemahan sendiri, supaya kita mampu mengubah hati dan diri. Jangan terus-terusan menyalahkan orang lain, kerana kadang-kadang itu seolah-olah membuka pekung di dada. Sesungguhnya Allah maha mengetahui akan apa yang berlaku.
Berbuat baiklah semampu mungkin kerana balasannya pasti ada, asalkan kebaikan yang dibuat itu ikhlas. Bersihkanlah hati walaupun itu mungkin sesuatu yang sukar kita lakukan, kerana kita hanya manusia yang hidup bertunjangkan nafsu. Berusahalah untuk menyenangkan dan membahagiakan orang di sekeliling kita, walaupun kita tidak mungkin dapat memuaskan hati semua orang.
Akhir sekali, ingatlah anak-anak adalah cermin diri kita...andai keruh air di hulu, maka keruhlah air di hilir, andai jernih air di hulu, maka jernihlah air di hilir...Maaf...andai ada yang terasa...
Assalammualaikum kak...ya saya setuju dgn pendapat akak memang lumrah manusia sering terleka terima kasih atas ingatan. semoga kita sama-sama mendapat keberkatan hidup drp Allah swt...insyaAllah.
ReplyDeletehasad dengki ni akan memamah segala perbuatan baik seseorang tu..huii lagi dasat kan
ReplyDeleteTerima kasih atas peringatan kak... =)
ReplyDelete