Sunday, March 27, 2011

Gulai Lemak Ketam

Assalamualaikum semua....

Baru nak masukkan n3, sebenarnya ni apa yang dimasak semalam, Gulai Lemak Ketam campur nenas..sedapnya... akak guna serbuk kari masak lemak cap o. Tak tahulah kat sini orang panggil gulai atau kari, kalau kat Kedah memang kami panggil gulai lemak. Kak antan ingat lagi, kalau kecik2 dulu mak kak antan masak gulai lemak ni pakai rempah gulai lemak cap tarbus. Sekarang rempah tu masih ada, cuma pasarannya tak sampai ke sini. Kak antan kalau balik Alor Setar selalu jugak beli buat bekalan. Tapi sekarang nasib baik ada cap O ni. Ini pun rempah yang dipakai sejak dulu di Kedah. Sebenarnya pemilik syarikat Olah Enterprise ni cikgu kat sekolah kak antan dulu, cikgu Nordin, dia gunakan nama isterinya Olah. Rempah ni akak jumpa kat Tesco, terus beli....
Sebenarnya resepi yang akak guna, resepi main campak2 je....

Bahan-bahannya

  • 3 ekor ketam
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • santan secukupnya
  • Nenas secukupnya (jika suka)
Cara memasaknya

  1. Bawang merah dan putih ditumbuk dan dibancuh dengan serbuk kari.
  2. Masukkan dalam periuk, tambah sedikit air dan dimasak sehingga kering air.
  3. Masukkan santan dan kemudian masukkan ketam.
  4. Masukkan nenas, garam dan biarkan sehingga mendidih dan masak.
* Tumis atas darat
tak tahu orang kat sini panggil apa
Beberapa ulas bawang merah dimayang.
Tumiskan dalam minyak (agak-agak) beserta daun kari.
Bila garing, tuangkan ke dalam kuah gulai tadi, kacau dan tutup sebentar.

6 comments:

  1. Saya rase ade yang kurang

    Sedikit cili padi yang di tumbuk lumat di perlukan.. =)

    ReplyDelete
  2. Hafifi, kalau masuk cili padi,nanti anak2 akak tak boleh makan... kalau nak masuk memang boleh...

    ReplyDelete
  3. Masakkan yg main campak2 tulah yg lbh sedap!

    Salam kenal dr sy dan sgghlah ke dapur sy pula..
    http://menuarizah.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. wahh sedap ni kalau mkn sure bertambah nasi ni..:)

    ReplyDelete
  5. Nieza, bertambah nasi dah confirm, takut tak boleh nak berhenti makan..hehehe..

    ReplyDelete

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...