Dozen Roses Love Note

Friday, March 25, 2011

Roti Bun Kacang Merah

Assalamualaikum semua...

N3 malam ni tentang roti yang kak antan buat petang tadi. Dah lama mengidam nak buat roti. Memang dulu kak antan pernah ikut satu kelas buat roti, tapi tak pernah nak praktikkan. Jadi hari mencuba-cubalah. Jadi terhasillah bun kacang merah kat atas tu dan roti pintal kat bawah ni. Rupanya memang tak cantik, tapi nak makan tu bolehlah....Jom layan resepi...

Bahan2nya
  • 500 gm Tepung Protein Tinggi
  • 10 gm Yis kering
  • 2 biji telur
  • 80 gm mentega
  • 200 ml susu segar sejuk
  • 100 gm gula kastor
  • 1 tsp garam(jika perlu)
Cara Membuatnya:
  1. Masukkan ke dalam mixer bahan2 kering dan adun terlebih dahulu
  2. Masukkan butter dan telur, adun 5 - 10 min - low speed
  3. Masukkan susu sedikit demi sedikit - adun high speed 6 - 8 min
  4. Rehatkan selama 30 min
  5. Bentuk ikut kesukaan
  6. Bakar dalam suhu 180 - 190' selama 10 - 15 min.

7 comments:

  1. Assalam kak, wah bagusla kalau ikut kelas buat roti tu kan saya ni tak pernah belajar kak buat pun main belasah jer ikut resepi org...sejak dok sini baru nk pandai meroti pun btw suka mkn roti kacang merah tu.

    ReplyDelete
  2. Looks very soft and yummy, lovely looking bread.

    ReplyDelete
  3. nmpk gebu dan lembut read bean bun tuh..sy bab meori ni malas sket..aci beli jerr huhuhu

    ReplyDelete
  4. salam ziarah..bestkan akak pandai buat roti...dijamin bersih..sekali sekala kalau nak makan roti beli je..coz tak pandai nak buat..

    ReplyDelete
  5. Nieza, akak ni suka ikut kelas... tapi susah nak praktikkan

    ReplyDelete
  6. Umm Mymoonah : It's just a simple recipe. You can try it.

    ReplyDelete
  7. Lina dan Fie : akak ni geram tengok member kat sekolah dok beli BM buat roti, itu yang mencuba buat jugak ni...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails