Hari ni kak antan mulakan bulan Mac ni dengan satu lagi pengalaman baru. Pagi-pagi lagi bila akak bawa kereta nak menghantar anak-anak ke rumah pengasuh dan rasa lain macam, akak pusing stering kereta untuk pergi lurus, stering berpusing untuk belok ke kiri, bila diluruskan, stering berpusing lagi. Bila berhenti je depan rumah pengasuh, memang dah sah tayar kereta akak pancit. Huhuhu...hubby kat Penang, Jumaat baru balik. Dalam kepala cuma nampak kedai tayar kat depan tu je lah, tapi jam baru pukul 6.45pagi...kedai bukak pukul berapa. Akak pun bawa kereta balik ke rumah. Mula-mula sekali call member, minta tolong informkan kat pentadbir, hari ni kak antan lewat, tayar kereta pancit. Lepas tu call hubby, buat2lah suara panik, tapi tak lah panik sangat sebab rasanya akak dah alami pengalaman yang lebih teruk daripada ini lagi masa dia outstation. Dulu pernah masa di Kuantan along, angah masuk wad sebab food poisoning, masa tu dia kat Miri. Masa tu kami baru pindah ke Kuantan, jalan nak ke Hospital Tuanku Ampuan Afzan pun akak tak tahu lagi. Kebetulan pulak masa tu Kuantan baru dilanda ribut dan HTAA mengalami sedikit kerosakan, dan salah satunya lif, bayangkan akak terpaksa naik tangga hingga tingkat 6 atau pun 8, akak pun dah tak ingat. Masa tu betul2 rasa nak nangis. Keluarga jauh, kawan2 belum lagi mesra...Hujung tahun 2009, besi payung masuk dalam telinga Aqil..akak jugak uruskan, masa tu dia kat Langkawi. Jadi, kereta pancit ni kira hujung kutu kuku je lah.... kalau dia baca ni masak akak.
Hubby akak bagi dua cadangan..sempat lagi tu nak mencadang-cadang tu..pertama macam yang akak fikirkan lah, tunggu kedai tayar bukak, kedua, dia akan minta tolong kawan2 dia datang rumah, minta tukarkan tayar. Akak ikut jelah mana yang cepat...Kebetulan pulak pagi tadi hujan turun sepoi-sepoi bahasa eh silap, renyai2, marah ketua bidang akak ni kalau dia baca ni... akak pun bawalah kereta masuk bawah porch, keluarkan apa2 yang patut, segala sepana, jek (betul ke ejaan tu). Dalam pada tu baru akak teringat semalam masa akak balik menjemput anak2, masa akak nak masuk pagar memang akak ada langgar sesuatu, bila akak tengok semalam, yang akak langgar tu sekeping papan, akak pun cari balik papan tu, memang sah...kat papan tu lah yang ada paku. Papan tu hanyut dari rumah sebelah yang tengah renovate tu..Rupa-rupanya jiran akak yang sebelah lagi pun pancit tayar kereta dia. Dia pun tengah dok tukar tayar. Bila akak cakap kereta akak pun pancit, terus dia cakap..nanti saya tolong awak tukar...haa... kan baik kan jiran akak tu.. dia lah yang bagi limau masa CNY dulu tu.. tapi belum sempat dia tolong akak, kawan2 hubby akak pun dah sampai... Diorang ni jugaklah yang hubby akak minta buatkan kek dulu tu..memang anak2 buah dia ni ringan tulang.
Tapi yang jadi masalahnya sikit, masing2 tak tahu macam mana nak keluarkan tayar spare, sebab kereta akak ni kereta Avanza, tayar sparenya kat bawah... hubby akak pun tak tahu tu..dia siap pesan kat akak suruh tengok2, nanti senang kalau jadi lagi. Ada sesiapa yang nak tahu? Ada satu skru dekat dengan pintu bonet tu. Itulah skru tayar spare Avanza. Alhamdulillah, nasib baiklah tayar spare ada angin. Akhirnya siap jugaklah kereta akak. Dalam 8.30 pagi, sampai lah akak ke sekolah...Pelajaran yang akak dapat hari ni ialah cara nak keluarkan tayar spare Avanza, tak ramai yang tahu ni sebab, anak2 buah hubby kak antan tu, diorang telefon 2 orang lain yang guna kereta Avanza pun tak tahu macam mana nak keluarkan tayar spare tu...Lepas ni diorang berdua tu jadi pakar rujuk ler tu...Pelajaran yang dah akak dapat sebelum ni, kalau nak tukar tayar kereta, skru tayar mesti dilonggarkan dulu sebelum kereta dijek..kalau tak skru tak akan boleh dipusing... Tapi kalau kereta akak pancit lagi lepas ni, tak terdaya jugak rasanya kita orang perempuan ni nak menukarnya... Kalau ada orang perempuan yang boleh tukar sendiri tayar kereta, akak memang tabiklah.. sebab rasanya tak tercapai akalku kudratku.
No comments:
Post a Comment