2 hari kak antan tak menjenguk blog, baru sampai dari Mentakab ni... jadi n3 pertama selepas balik ni tentang apa yang kak antan masak sebelum balik Mentakab hari tu...
Kek coklat kukus lagi.... coklat ni kak antan buat untuk jiran kak antan yang menyambut CNY. Mr Lam ni setiap tahun bila CNY macam2 yang diberikan pada anak2 kak antan, jadi tahun ni hubby kak antan cadangkan buatkan kek untuk family dia... Kong Xi Fatt Chai ye...
Untuk makan tengah hari tu kak antan masakkan sayur lemak labu.. kat rumah kak antan tak pernah putus stok labu. Labu kan tahan lama selagi tangkainya tak dipotong. Kak antan masak labu sebab ramai sangat yang demam, kak antan pernah dengar ceramah Ustaz Fauzi Mustafa, labu ni elok untuk orang yang demam sebab labu ni sejuk..
Separuh adunan kek coklat tadi kami suruh along potong sempena birthdaynya hari tu ( tak sampai 15 minit dipotong..licin..).. ni untuk makan2 je sebab kak antan ada bakar sebiji lagi kek coklat untuk kami potong di Mentakab..
No comments:
Post a Comment