Tuesday, February 8, 2011

Spaghetti Carbonara

Assalamualaikum semua....
Dah makan? Mesti dah siap kemas semua kan.... kak antan malam ni makan spaghetti je... balik sekolah tadi sms hubby tanya kalau malam ni makan spaghetti je boleh tak? Tetiba dia call, dia kata ok, tapi....ada pulak tapinya...tapi pelik sikit... kalau pelik, abaikan je lah yang pelik tu, kita pakai yang ok je.....
Jadi confirmlah malam ni makan spghetti je... kak antan masak yang jenis simple je... tak de cheese, tak de daun parsli bagai.... janji anak2 makan...
Bahan2nya:
  • 1 bungkus spaghetti ( direbus dan toskan seperti biasa )
  • 1 kotak fresh milk
  • 1 tin Prego Carbonara Mushroom
  • 1 tin cendawan butang ( dihiris nipis )
  • 200 gm daging kisar
  • 1 labu bawang besar ( dipotong dadu )
  • 5 ulas bawang putih ( diketuk )
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • lada sulah
  • garam
Cara membuatnya:
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih
  2. Masukkan bawang besar dan daging kisar, masak hingga kering
  3. Masukkan Prego Carbonara mushroom, kacau, kalau perlu tambahkan sedikit air.
  4. Masukkan susu segar dan kemudian cendawan
  5. Masukkan lada sulah dan garam
  6. Bancuh tepung gandum dengan air dan masukkan
  7. Tunggu sehingga pekat seperti yang dikehendaki.

4 comments:

  1. assalam kak, memang sedap ni...nieza suka sangat ni..kalau sampai awal sini tadi leh tumpang mkn...hehe

    ReplyDelete
  2. Salam kak, nk tanya...cendawan butang tu jenama ape ek? comfiusss ttg status halalnya...takut tersalah beli....tk

    ReplyDelete
  3. Salam Ninie, akak pun tawakkal je, akak beli jenama Garden Fresh sebab itu ada tanda halal...

    ReplyDelete
  4. terima kasih kak...minta izin kongsi resepi ni ye...

    ReplyDelete

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...