Dozen Roses Love Note

Friday, February 18, 2011

Kek Lapis Asam Manis Kukus

Assalamualaikum semua....

Bertemu lagi dalam arena masak-memasak ni. Dah dua tiga hari tak memasak jadi tangan ni macam ditarik2 je nak memasak apa2. Jadi petang tadi cuba2 buat kek ni lepas tengok kat rumah DJ hari tu... Memang menjadi, keknya lembut, gebu dan basah2 gitu...cuma rupanya taklah secantik yang kat rumah DJ....jadi sapa2 yang nak resepi asal boleh klik kat sini... DJ guna, biskut marie..akak ubah sikit guna tepung Hong Kong...
Akak mohon c n P resepinya ye Dayang...

Kek Lapis Asam Manis Kukus

bahan-bahan : (DJ menggunakan loyang 8 x 4.5 x 4.5)

  • 2 cawan biskut marie yang sudah dikisar dan diayak sebanyak 1 kali (akak guna tepung Hong Kong)
  • 4 biji telur A (sejuk)
  • 180 g gula kastor (boleh juga tambah jika suka manis)
  • 4 sb susu pekat manis
  • 1 sb ovalette
  • 2 sb horlicks - optional
  • 125 ml susu segar (sejuk)
  • 1 sk esen vanilla
  • 80 ml minyak jagung
  • kepingan asam manis/hawflake secukupnya (DJ guna sebesar duit 50 sen)
  • sedikit pewarna hijau/pes pandan dan kuning (warna lain pun ok)

Cara-cara :

  1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan loyang kek. Sapukan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Seelok-eloknya loyang dialas dengan kertas serap minyak.
  2. Satukan kesemua bahan (kecuali minyak jagung, hawflake dan pewarna) di dalam mangkuk adunan. Putar hingga kembang dan gebu.
  3. Kemudian masukkan minyak jagung dan kacau sebati dgn menggunakan spatula/senduk kayu.
  4. Bahagikan kepada dua bahagian (lebihkan sedikit adunan untuk lapisan hijau). Bubuhkan pewarna hijau/pes pandan dan satu bahagian lagi diwarnakan kuning. Untuk lapisan hijau dan kuning, bahagikan lagi adunannya kpd beberapa bahagian mengikut saiz loyang agar lapisan menjadi sama rata.
  5. Tuangkan lapisan pertama (hijau) ke dalam loyang dan susunkan hawflake di atasnya (JANGAN DITEKAN). Kemudian, kukuslah hingga adunan dah tak cair (lebih kurang 5-7 minit). Tuangkan lapisan kuning dan susunkan hawflake diatasnya dan kukus. Ulangi proses hingga habis. Untuk lapisan terakhir, kukuslah selama lebih kurang 20-25 minit lagi atau sehingga kek masak sempurna. (untuk mengelakkan air menitik ke dalam adunan, tutuplah loyang dgn kertas foil, atau balutkan penutup kukus dgn menggunakan tuala).
Setelah masak, tutupkan api. Keluarkan loyang dan sejukkan kek sebelum dipotong

1 comment:

  1. Assalam kak antan apa khabar?..hmm sedapnya kek lapis ni....nieza kalau buat setgh loyang tu boleh abis sorang mkn jer...haha tgk akak buat ni kemas jer...memang berseni tul la kak cantik!...:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails