Salam Maal Hijrah cik antan ucapkan untuk semua yang sudi singgah. Semoga tahun 1431 yang bakal kita tinggalkan memberikan kita seribu keinsafan dan 1432H yang bakal menjelang membawa seribu rahmat untuk kita. Pesan seorang rakan jangan lupa baca doa akhir tahun...baca 3 kali pada akhir waktu asar dan baca doa awal tahun 3 kali selepas sembahyang maghrib. Semoga Allah mengampunkan semua dosa kita pada tahun ini dan syaitan tidak akan mengganggu kita pada tahun yang bakal menjelang..
Ni untuk minum petang ni, kuih Tepung Talam. Resepinya cik antan ambik daripada Buku Aneka Minuman Petang terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd. Nak ambil gambar kulitnya pun dah tak de kulit ( punyalah merujuk...tapi hari ni je lah baru menjadi kuihnya..) kuihnya sedap tetapi agak lembik bahagian bawahnya, tapi sebenarnya cik antan suka cuma mungkin sukar sikit nak memotongnya. Satu lagi sepatutnya cik antan pakai loyang yang kecik sikit, tapi cik antan pakai loyang 10 x 10" itu yang nipis je kuihnya.... Jom layan resepi
Resepi Tepung Talam
Bahan-bahan Lapis Bawah

- 300gm gula merah + 500 ml air ( dimasak hingga larut)
- 150gm tepung gandum
- 50 gm tepung beras
- 25 gm tepung jagung
- 25 gm tepung kastard
- 700 ml air suam ( rasanya kena kurangkan )
- 1 sudu teh air kapur
Bahan-bahan Lapis Atas
- 600 ml santan - 1 biji kelapa
- 130 gm tepung beras
- 2 sudu makan tepung gandum
- 1 sudu teh garam
Cara Membuatnya :
- Satukan semua bahan lapisan bawah hingga sebati. Kacau di atas api sederhana hingga naik wap.
- Tuang ke dalam loyang dan kukus 25 minit.
- Satukan semua lapisan atas dan masakkan atas api sederhana hingga naik wap.
- Garis-gariskan permukaan lapisan bawah tadi. Tuangkan lapisan atas dan kukus lagi selama 20 minit.
- Sejukkan sebelum dipotong.
No comments:
Post a Comment