Assalamualaikum semua...jumpa lagi.... untuk minum petang tadi cik antan cuba buat abok-abok. Dah lama dah cik antan simpan keinginan untuk buat kuih ni sebab kawan cik antan Kak Liza selalu buat dan bawa ke sekolah. Dah puas cik antan belajar cara nak buat kelongsong bungkus kuih ni, memang le cara membungkusnya lain daripada yang selalu tu, tapi ni mungkin cara membungkus keluarga Kak Liza kot. Apa2 je lah...janji abok-abok cik antan jadi...
isi dalamnya....jom layan resepinya.... senang jer...
Bahan-bahanya:
- 300gm sagu
- 150gm kelapa parut
- 100 gm gula merah
- 1 sudu teh garam
- Daun pisang secukupnya ( cik antan pakai 2 pelepah )
Cara Membuatnya: - Sagu dibersihkan dan direndam 10 minit kemudian ditoskan.
- Gaul sagu dengan kelapa dan garam.
- Sediakan kelongsong, masukkan 1 sudu besar sagu kemudian 1 sudu kecil gula merah dan ditutup dengan 1 sudu besar sagu dan tutup kelongsong.
- (kalau buat kelongsong macam cik antan tu kenalah gunting dulu bagi cantik sikit)
- Dah siap semua, kukus 30 minit.
Sebenarnya hari ni sebelah paginya cik antan sekeluarga pergi menyaksikan pertandingan kucing di PICC. Jom layan gambar-gambar kucing.
tengok telinganya.... kucing ni pemalu sikit...
salam cik antan..saya follow n link ye..suka juga kuih abok2 tapi mmg tak reti nk buat..hihi
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi follow, akak ni lagi tak pandai baru nak belajar2 memasak.
ReplyDelete