Dozen Roses Love Note

Thursday, December 16, 2010

Puding Jagung Berkrim

Assalamualaikum. Kesian pulak bila anak2 merengek lapar petang2 ni. Jadi cik antan buatlah hidangan yang paling mudah dan cepat. Bahan2 pun cukup. Seronok tengok anak-anak makan. Puding jagung berkrim...... cik antan yang bagi nama tu, resepi ni cik antan dapat daripada Kak Munirah, kawan cik antan, harap-harap Kak Muni tak marah cik antan kongsikan resepi dia kat sini. Jangan marah ye Kak Muni, semoga rezeki Kak Muni bertambah-tambah lepas ni.
Puding Jagung Berkrim

Bahan-bahannya:
  • 1 kotak fresh milk ( 1 liter )
  • 1 kotak whipping cream ( 200ml @ 250ml )
  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 tin jagung krim
  • 1 cawan gula ( cik antan kurangkan jadi 1/2 cawan)

Cara-caranya:

  1. Satukan semua bahan dalam periuk.
  2. Kacau atas api sederhana hingga pekat, mendidih dan masak.
  3. Tuang dalam cawan2 kecil ( puding ni lembik, tak boleh dipotong, jadi kena masukkan dalam bekas2 kecil )

1 comment:

  1. Aslm,
    Pandainya cik antah kita memasak...kak gerau nak try lah buat puding tu... tak sabar tunggu subuh esok...Subuh??? Over gitewww..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails