Dozen Roses Love Note

Friday, December 3, 2010

Ikatan Janji Hafiza & Hisham

Ingat nak naik tidur dah tadi, tapi teringat nak masukkan entry ni, sebenarnya kek ni disiapkan petang tadi dan dijadikan hadiah untuk majlis akad nikah Hafiza, Hafiza ni anak kepada insan yang pernah berjasa dalam hidup cik antan. Mak si Hafiza dan suaminya lah dulu yang jaga along dengan angah sejak diorang lahir sampailah along masuk darjah 1, sebab lepas tu cik antan berpindah ke rumah sekarang. Diorang ni dah dianggap seperti keluarga sendiri... Blueberry Cheese Cake
Inilah pasangan pengantin yang cik antan sempat ambil gambar mereka...(jangan salah sangka ye, itu yang muda remaja di sebelah pengantin tu bukan cik antan tau)... tak sempat pulak nak ambil gambar maknya, mak ndak, sebab dia sibuk melayan tetamu. Esok majlis kendurinya, insyaAllah cik antan dan anak2 akan hadir, hubby cik antan pulak kena bertugas kat MAHA. Kalau sempat cik antan jadi camerawoman tak bertauliah lagi esok...kita tengok ye...sapa yang kena....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails