Saturday, December 4, 2010

Nasi Dagang

Salam pagi Sabtu semua, pagi2 dah berdagang ni. Macam yang cik antan cakap dalam n3 semalam, hari ni tengah hari nak makan kenduri, jadi apa maknanya tu...ye....cik antan tak payahlah penat2 nak masak untuk makan tengah hari...
Balik dari majlis akad nikah semalam teringat pulak beras nasi dagang yang adik ipar cik antan bawa masa dia datang dulu. Cakap pada hubby berhentilah kat kedai nak beli kelapa parut. Jadi malamnya cik antan pun rendamlah beras nasi dagang ni. Tapi gatal pulak tangan cik antan nak menimbang beras nasi dagang ni... cik antan agak sepatutnya sebungkus tu ada lah dalam sekilo, tiba2 bila ditimbang 980gm sahaja. Apa maknanya tu...jadi pada yang berniaga tu ingat2lah rezeki tu kurniaan Allah.
Bangun pagi2 hari mulalah cik antan mengukus nasi dagang ( ni first time masak ni, orang Kedah masak nasi dagang.....) tengok gambar tu...dalam pengukus lagi, dengan wapnya lagi...
Bila dah masak komen drpd QC (hubby cik antanlah..siapa lagi) kurang lemak, kurang garam...tapi....ha...ada tapinya...oklah sebab ni kali pertama buat...jadi lepas ni kalau masak lagi tak cukup rasanya lagi...faham2lah kan. Kuahnya memang tak berapa jadi sebab utamanya santan kurang. Lain kali belajar lagilah ye... Sebelum memasak semalan cik antan ada merujuk resepi nasi dagang daripada MyResepi.com resepi daripada minami133, jadi resepinya lebih2 kurang macam tu lah ye cuma cik antan tukar beras pulut jadi beras nasi dagang dan adalah sukatan yang diubah sikit2. Resepi asal boleh rujuk kat sini, siap dengan resepi kuahnya sekali. Ni resepi yang cik antan buat.
Resepi Nasi Dagang
  • 3 cawan beras wangi + 2 cawan beras nasi dagang ( rasanya lebih baik 4 + 1 )
  • 2 @ 3 cawan santan pekat (agak2 dengan keadaan nasi)
  • sedikit garam
  • 1 sudu teh halba
  • bawang dan halia secukupnya ( hiris nipis2)
Cara Membuatnya:
  1. Beras dibasuh dan direndam semalaman
  2. Panaskan air sehingga mendidih.
  3. Masukkan beras dalam pengukus dan kukus hingga naik wap ( petua yang cik antan dapat, pastikan jangan semua lubang pengukus tu tertutup )
  4. Angkat dan pindahkan ke dalam bekas lain dan gaulkan dengan air atau seeloknya santan cair yang bercampur garam secukupnya sehingga beras kembang.
  5. Kukus kali kedua dan ulang langkah 4 tapi kali ni gaul dengan santan pekat yang bercampur garam secukupnya. Masukkan bawang, halia dan halba.
  6. Kalau ikutkan dah boleh dimakan, tapi cik antan kukus lagi sekali supaya lebih lembut. Jadi terpulanglah...
P/s : Resepi untuk kuahnya lain kali ye.... tak lulus lagi....

No comments:

Post a Comment

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...