Dozen Roses Love Note

Monday, December 6, 2010

Pajeri Nenas

Balik dari MAHA hari Sabtu hari tu hubby cik antan bawa 3 biji nenas, sebiji yang dah masak ranum dah selesai masuk perut. Ada lagi 2 biji, jadi hari ni cik antan buatlah pajeri nenas, dah lama jugak tak masak dan tak makan. Tengah2 memasak tadi teringat pulak masa duduk di asrama dulu, kalau hari yang menunya pajeri nenas dan ayam goreng ramai yang suka, tapi pajerinya tak lah pekat segini...cair je.... ye lah ramai nak makan...kalau buat pekat2 macam ni...alamatnya...bankrap. Resepinya biasa2 je... Resepi Pajeri Nenas
Bahan-bahannya:
  • 1/2 biji nenas
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 6 ulas bawang merah ( untuk menumis dan ditumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (juga untuk menumis dan ditumbuk)
  • 1" halia ( untuk menumis dan juga ditumbuk)
  • bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga
  • kerisik secukupnya
  • santan pekat secukupnya
  • garam dan gula
  • 2 sudu besar udang kering
  • Minyak untuk menumis
Cara membuatnya :
  1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia serta rempah 4 beradik hingga kekuningan.
  2. Masukkan rempah kari yang dicampur dengan bawang2 dan halia yang ditumbuk.
  3. Masukkan udang kering dan tunggu hingga naik minyak.
  4. Kemudian masukkan santan pekat dan nenas yang sudah dipotong dan dibersihkan.
  5. Masukkan garam, gula dan kerisik. Masak hingga pekat seperti yang dikehendaki.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails