Saturday, December 11, 2010

Talam Suji dan Nasi Goreng Kuali

Assalamualaikum, Salam hujung minggu. Dah dua tiga hari cik antan tak update blog. Sebenarnya agak sibuk dan kurang sihat. Bermula dengan malam tahun baru hari tu cik antan dah mula sibuk sebab ada kenduri kahwin di kejiranan cik antan. Jadi pada malam tu dalam hujan yang renyai-renyai kami menolong tuan rumah memasak bermula selepas Isyak hinggalah 1. 45 pagi. Esoknya jam 7. 00 pagi dah kembali mula memasak. Jamuan makan berakhir lebih kurang pukul 3. 30 petang. Balik je ke rumah cik antan rasa dah tak sedap badan, lepas ambil wuduk untuk solat maghrib cik antan dah menggigil, makan malam tu pun dah tak lalu, perut dah mula tak selesa. Mungkin sebab terlalu letih, tidur tak cukup dan kena hujan malam sebelumnya kot.
Pagi esoknya ( Rabu) cik antan dah mula bekerja ( ada urusan rasmi yang perlu cik antan selesaikan ) di Banting. Dalam keadaan badan yang lenguh2 tu gagahkan lah jugak memandu ke Banting. Tengah hari tu demam dah ok tapi gastrik pulak yang tak baik2. Dah lama sebenarnya cik antan tak kena gastrik ni. Peritnya rasa....Sampai hari ni pun sekali sekala masih terasa pedihnya perut ni. Walaupun dalam keadaan perut yang tak selesa tu, hati ni nak jugak memasak untuk makan2. Jadi Khamis malam Jumaat hari tu siaplah jugak Talam Suji, jadi bolehlah cik antan bawa ke Banting semalam untuk makan2.
ni antara yang ditinggalkan di rumah....
Resepi ni cik antan dapat daripada Chef Asma tapi dah diubahsuai sikit.

Resepi Talam Suji
(sumber : Chef Asma)
Bahan-bahannya : ( Lapisan Bawah )
Bahan A
  • 180g tepung suji
  • 450 ml air
Bahan B
  • 200g gula pasir
  • 2 biji telur
  • 200 ml santan
  • 250 ml air
  • pewarna kuning
Cara-cara membuatnya :

  1. Rendam Bahan A selama 1/2 jam
  2. Satukan Bahan B, kacau rata dan tapis dalam A
  3. Kacau atas api sederhana hingga naik wap.
  4. Kukus selama 25 minit.
Lapisan Atas

Bahan A
  • 265 gm gula merah ( tu je yang ada malam tu, tapi cik antan rasa ok je )
  • 60 gm gula pasir
  • 500 ml air
Bahan B

  • 150 gm tepung gandum
  • 4 biji telur
  • 250 ml santan
  • 1/2 sdt garam
  • 1 sdt chocolate emulco ( optional)
Cara2 membuatnya :

  1. Rendam A untuk hancurkan gula
  2. Satukan Bahan B, kacau rata
  3. Masukkan bahan A ke dalam B dan tapis.
  4. Kacau atas api sederhana hingga naik wap
  5. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus 30 mint. ( cakar2 sikit permukaan lapisan bawah tu...)

Tengah hari semalam, masa rehat kami keluar makan kat Tesco Banting, ada kawan2 cik antan yang order Nasi Goreng Kuali. Jadi inilah rupanya...di keliling nasi goreng tu dituang tomyam, dalam tomyam tu ada udang, cendawan dan bawang holland. Di atas nasi goreng tu ditabur telur dadar. Ada pulak sup masam dalam mangkuk...harganya RM5.00.

2 comments:

  1. Salam akak...saya copy resipi kat sini..rupanya akak ni rajin masak dan bisnes woman jugaklah kiranya.Saya letak link kat blog saya. Kalau sudi letak link saya..saja suka-suka
    Jumpa 27hb nanti...........Ayu

    ReplyDelete
  2. Ok..tak kisah, yang dalam blog akak ni memang untuk dikongsi... bisnes tu sikit2, untuk seronok2 sebelum jemu jer..nanti akak link kan blog Ayu..

    ReplyDelete

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...