Assalamualaikum, bertemu kembali setelah cik antan balik dari kampung Mentakab, kampung hubby cik antan. Hubby dengan anak2 baru je lepas tengok bola kat TV , bukan main seronok tu sebab Malaysia dah menang 3-0. Tahniah untuk pasukan Malaysia, walaupun bukan kemenangan mutlak lagi tu.....Sebenarnya n3 malam ni tentang kisah2 yang berlaku semasa cik antan balik Mentakab.
Haaa....inilah ciskek yang cik antan katakan tu. Kek ni khas untuk anak sedara yang lulus dengan cemerlangnya dalam peperiksaan PMR baru2 ni. Tahniah Ana...Ana ni memang pandai sejak sekolah rendah lagi....Tengoklah apa yang bergayut tu...rumah MIL cik antan ni dah lama kena tinggal sebab MIL cik antan duduk dengan SIL cik antan di Klang, jadi ini pulak jadi penghuninya..puas kami menghalau...
Ini masa majlis potong2 kek, cik antan terpaksa masukkan gambar tangan je lah atas sebab2 yang tak dapat dielakkan...Seri muka ni pun cik antan bawa dari Kajang, saja untuk makan-makan....resepinya terima kasih untuk NanaSham dari MyR, kalau nak resepinya klik kat sini ye....
Dalam pada banyak2 pokok di sekeliling rumah MIL cik antan ni, cik antan tertarik dengan pokok ni...mesti semua kenal pokok apa ni kan... cuma cik antan terkejut sebab pertama kali nengok pokok kesum berbunga.. orang lain mungkin dah biasa tengok kot....Kami balik pun tak lama sebab kebetulan SIL cik antan nak antar MIL cik antan balik sebab dia ada appoinment check up kat hospital awal bulan Januari nanti....
No comments:
Post a Comment