Dozen Roses Love Note

Tuesday, November 30, 2010

Apam Tepung Gandum, Ayam Tandoori dan Nasi Hujan Panas

Hari ni cik antan cuba buat apam tepung gandum, jadi inilah hasilnya... masih dalam kukusan....
cik antan ada masalah sikit masa nak keluarkan dari acuan...kena buat kajian sikit ni.... resepi ni cik antan dapat daripada kawan masa di Kuantan dulu. Thanks ye Ayu...boleh kan akak letak kat sini resepinya....


Apam Tepung Gandum

Bahan-bahannya:

1 paket yis mauripan
4 cawan air
11/2 cawan gula
6 cawan tepung gandum

Cara membuatnya:

1. Rendam yis dan air, masukkan gula dan kemudian tepung gandum.
2. Kacau gunakan whisk hingga tidak berketul.
3. Masukkan dalam acuan (separuh acuan)
4. Biarkan selama 30min - 1 jam (kembang sekali ganda)
5. Kukus selama 15-20 minit.
6. Bila sejuk keluarkan dari acuan dan hidangkan bersama-sama kelapa.

pes tandoori...
rakan masak cik antan...Mr. Chefel... cik antan nak gunakan untuk bakar ayam tandoori. Kalau sesiapa yang belum tahu tentang Mr. Chefel ni tanyalah kepada wakil Cosway berdekatan anda...(macam iklan pulak..)
inilah untuk makan malam ni...nasi hujan panas dan ayam tandoori. Resepi nasi hujan panas?
Kat bawah ye....
Resepi Nasi Hujan Panas
Bahan-bahannya:

5 cawan beras(seelok2nya beras Basmathi, tapi cik antan pakai beras wangi)
6 cawan air
1 cawan susu cair(cawan yang sama dengan beras)
2 sudu besar mentega
1 inci halia
3 ulas bawang merah
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
kulit kayu manis
sedikit pewarna
sedikit garam
1 ketul kiub ayam

Cara membuatnya:
1. Basuh beras dan toskan
2. Tumis bawang, halia, bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis
3. Masukkan air, kiub ayam, garam dan susu cair
4. Masukkan beras dan masak
5. Bila dah kering titikkan pewarna merah, hijau, kuning
6. Bila dah masak, gembur2kan...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails