Dozen Roses Love Note

Tuesday, November 23, 2010

Kuih Kaswi

Orang lain dah lama pandai buat kuih ni, tapi cik antan baru nak cuba2. Sebenarnya ada cerita di sebalik kuih ni. Mak mertua cik antan memang pandai buat kuih ni tapi cik antan tak pernah pulak nak belajar, pernah dulu cik antan tak ingat masa kenduri apa, mak mertua cik antan minta cik antan masakkan kuih kaswi ni. Serba tak kena cik antan, nasib baik ada Kak Na sepupu hubby cik antan yang memang pandai masak kuih-kuih tradisional ni. Petang tadi cik antan terbaca dalam blog Izah Muffin Lover resepi kuih kaswi ni, bila tgk2 bahan semua cukup jadi cik antan pun mencubalah. Jadi inilah hasilnya.... along suka sangat.....nak resepi... nanti cik antan c n p kat bawah. Terima kasih ye Izah untuk resepi ni....Izah pun katanya ambil dari Yatiememories....terima kasih semua...
KUIH KASWI
sumber: Yatiememories

Bahan-bahan :
· 1 cawan gula pasir*
· 1 cawan gula merah*
· 1 1/2 cwn air*
· 3 helai daun pandan*(*di masak..)
· 1 1/2 cwn tepung gandum
· 1/2 cwn tepung ubi
· 1/2 cwn tepung beras
· sedikit garam
· 3 sudu besar air kapur
· 3 cwn air
· Loyang atau acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak masak
· Kelapa parut + garam
Cara-cara :
1. Gunakan 1 1/2 cawan air untuk memasak gula pasir, gula merah dan daun pandan.
2. Masak hingga gula larut. Ketepikan dan sejukkan dulu.
3. Ayak ke semua tepung dan masukkan 3 cawan air ke dalam bancuhan air gula.
4. Masukkan air kapur dan kacau sebati.
5. Tapis air gula ke dalam tepung - Gaul rata.Tapis bancuhan tepung untuk mengelakkan dari berketul-ketul.(Blend semuanya pun senang..)
6. Kacau seketika di atas api yg kecil supaya kelihatan agak pekat tapi jangan sampai bertukar menjadi kanji.
7. Sapu loyang/acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan.
8. Kukus loyang/acuan dahulu tanpa isi.
9. Tuang bancuhan tepung ke dalam loyang dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
10. =>Kalau guna acuan lompang/acuan kecil, masa kukus adalah 15 minit.
11. Bagi yang mengukus di dalam loyang, kuih akan kelihatan lembik dan berair sedikit.
12. Ambil sehelai kitchen tissue dan letakkan di permukaan kuih agar air itu dapat diserap.
13. Sejukkan kuih baru dikeluarkan dari acuan.
14. Boleh dihidang dengan kelapa parut bercampur sedikit garam yg telah dikukus juga seketika supaya tahan lama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails