Sudah lebih kurang seminggu cik antan tak updatekan blog ni bukan tak ada tempahan, cuma kamera tak ada, hubby cik antan bawa outstation. Jadi semua gambar kena pakai hp dan memory card hp cik antan pulak rosak, tak boleh dibaca oleh card reader, jadi terpaksalah cik antan tunggu hubby balik untuk di'bluetooth' ke hpnya....
Sudah 4 hari keputusan peperiksaan UPSR diumumkan, rasa terkilan di hati pun dah semakin hilang. Keputusan angah...3A2B. Alhamdulillah bersyukur kami sebab keputusan 'A'nya melebihi 'B'. Tapi tipulah kalau dikatakan cik antan bergembira dengan keputusannya. Hati ibu mana yang tak sedihkan...bila dikenangkan mahu mengalir jugak air mata, tapi itu sajalah rezekinya dan kami reda. Sesungguhnya apa yang diperolehnya adalah hasil usahanya...cik antan rasa kalau dia tingkatkan lagi usahanya pasti keputusannya lebih baik. Walau apa-apapun keputusannya cik antan dan hubby berharap keputusannya untuk peperiksaan2 yang akan datang akan lebih baik. Mungkin ini merupakan kesilapan kami jugak, jadi terpaksalah bermuhasabah diri mulai sekarang.
p/s : Angah...walau apa-apapun keputusan angah, ibu dan abah tetap sayangkan angah, cuma kami berharap angah dapat berfikir dan sayangkan masa depan angah. Ibu dan abah hanya ingin menumpang bangga dengan kejayaan anak-anak kami. Walau apapun keputusan angah, kasih sayang kami pada angah tak pernah berkurang.....
No comments:
Post a Comment