Pelikkan... tajuk pasal cuti....gambar pulak gambar sawah padi.... tak lah pelik pun... mesti dapat diteka, gambar2 ni diambil masa cik antan balik Alor Setar Ahad baru2 ni. Berbalik pasal cuti sekolah, sekolah cik antan bercuti bermula Selasa 16hb lagi sebab Hari Raya Aidil Adha tapi hari ni barulah terasa jiwa dan raga ni bercuti mana taknya pelbagai agenda perlu diselesaikan bermula Isnin lepas. Bermula dengan hari Isnin satu2nya hari untuk diselesaikan semua kerja di sekolah, cik antan terpaksa pulak berkejar ke KAFA Integrasi Taman Jasmin untuk Majlis Ihtifal budak2 ni. Balik sekolah hingga ke malam bertungkus lumus menyiapkan tempahan untuk Hari Kanak-Kanak SK Taman Jasmin. Pagi2 Selasa selepas menghantar semua tempahan dan nasib baiknya hubby cik antan cuti bergegas pulak ke Pilah untuk jemput Along yang dah mula bercuti jugak. Dalam perjalanan balik dapat pulak tempahan untuk hari raya.
Lepas menghantar tempahan bersiap pula memasak untuk takbir malam raya. Hari Raya pulak sibuk menolong khariah surau memasak hingga ke petang. Khamis pulak mula menyiapkan tempahan kek hantaran bertunang yang dah lebih sebulan ditempah. Pagi2 Jumaat pulak ke SK Taman Jasmin, hari anugerah Ateh dengan Angah... baliknya pulak siapkan tempahan kek dan terus hantar ke Billion. Hari Sabtu pulak bertandang ke Klang rumah adik ipar cik antan, pagi2 bangun siapkan dua loyang talam..Talam Tokyo dan Talam Suji. Hari Ahadnya pagi2 bertolak ke Alor Setar sebab hantar mak cik antan yang dah lebih 2 bulan duduk kat rumah cik antan.

Hari Isnin dah balik ke Kajang, bukannya tak nak duduk lama tapi hari ni hubby cik antan nak ke Sarawak pulak. Hari ni selesai kerja rumah mana yang patut keluar selesaikan hal anak2 dan ke sekolah selesaikan kerja yang belum selesai...Ha....bila dah balik ke rumah barulah rasa lega sebab kerja2 yang penting dah selesai... Jadi bermulalah rutin cik antan sebagai suri rumahtangga sepenuh masa... nak buat apa ye cuti ni.... rasa2nya nak buka mesin jahitlah pulak.. oven mesti tak begitu beroperasi sebab cuti...
Cantik tak gambar2 yang diupload, walau seribu kali memandang cik antan pasti tak akan puas. Tenang rasa jiwa dan raga bila memandang sawah padi yang menghijau saujana mata memandang. Cik antan dibesarkan di negeri Jelapang Padi, dan walaupun cik antan ni bukanlah daripada keluarga pesawah tapi sawah padi yang terbentang luas pasti menggamit rindu untuk pulang ke negeri kelahiran....
No comments:
Post a Comment