Tanggal 30 Oktober 2010, SMK Jalan Bukit telah mencatatkan satu lagi sejarah kerana telah menganjurkan Majlis Graduasi untuk pelajar2 tingakatan 5 2010. Alhamdulillah setelah terpaksa berdepan dengan segala kejian dan umpatan, majlis ini berjaya diadakan dengan jayanya. Gembira rasa hati bila cik antan tengok wajah PK cik antan yang sentiasa tersenyum tanda berpuas hati.
Kebetulannya cik antan dilantik sebagai naib s/u. Tuhan sahajalah yang tahu tekanan yang terpaksa dilalui. Namun semuanya kami telan walaupun pahit dan alhamdulillah Tuhan tetap bersama-sama kami. Bagi sesiapa yang membaca tulisan kali ni, mungkin bahasa kali ni agak kasar, tapi ini hanyalah untuk menenangkan hati.
Seperti yang cik antan luahkan di facebook cik antan...Begitu mudah untuk menilai dan mengkritik kelemahan dan kekurangan orang lain, tetapi begitu payah untuk menilai, mengkritik dan mengubah diri sendiri....tiada manusia yang sempurna di dunia yang fana ini.....
No comments:
Post a Comment