Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera..
Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak uruskan blog ibu ni.. tapi tiba-tiba macam tergerak je nak menulis tentang hobi baru ibu ni.. Sebenarnya bukan hobi baru pun, dah lama ibu minat nak ada bunga hydrangea ni, tapi sekarang ni macam bersungguh sikit. Dulu abah dah pernah belikan ibu pokok bunga ni, tapi akhirnya mati tak terjaga, jadi bila ibu minta semula dia memang berat nak belikan. Tapi tak tau lah macam mana dia termakan jgk dengan pujukan ibu, jadi dapatlah jgk sepasu masa kami ke pasar tani.
Inilah pokoknya... tapi masa mula2 beli tu bunganya belum kembang, bila bunganya dah kembang cam gini.. hati ibu pun berbunga2 jadinya. Masa balik Alor Setar penghujung Disember hari tu, ibu ajak abah ke Gunung Jerai, ibu selalu tengok member2 sebelah Utara update pemandangan kat atas Gunung Jerai, cantik sangat tengok bunga2 Hydrangea ni kat situ..
Kat atas Gunung Jerai
Geramnya lahai...
Cantik kan?
Lepas balik dari Gunung Jerai tu mungkin abah pun dah minat kot dengan bunga ni, ibu tak payah dah bersungguh-sungguh nak minta memang dapat pun.. Jadi, ibu dapat lagi 3 pokok dari pasar tani. Siang malam ibu dok tengok bunga tu je lah.. tapi bunga2 yang baru ni macam tak berapa sihat. Ibu pun bertanya pada sifu bunga ni melalui fb, jawapannya hydrangea ibu ni Hydrangea dari tanah tinggi sebab itulah bunganya tak tahan. Bezanya pada daun, katanya daun yang tanah tinggi ni lebih lebar, berkilat dan tebal. Kecewanya ibu saat tu sebab drpd pembacaan ibu pokok dari tanah tinggi memang tak akan berbunga bila di tanah rendah.
Dalam pada kecewa tu, ibu dan abah singgah pula 1 nurseri ni, masuk je terpegun ibu tengok bunga Hydrangea dia yang besar2. Kesilapan ibu, ibu tak tanya pokok tu dari mana, ibu cuma tanya pokok ni tahan panas ke? daun pun bukan jenis yang berkilat macam kat rumah tu. Abah pun dah teruja terus dia belikan ibu 2 pasu tu.. memang berbunga2 hati ibu. tapi bila ditanya selepas tu barulah ibu tau pokok ni pun dari CH. Jadi maknanya bila bunga2 tu semuanya layu, memang tak akan berbunga dah la... Huhuhu.. bila ibu bagi tau abah, abah cakap tu tugas ibu lah nak membungakannya.. Jadi siapa2 yang tau cara nak membungakan pokok Hydrangea dari tanah tinggi ni bagi tau ibu tau..
Assalamualaikum ibu! cantik pokok2 hydrangea. saya pun minat dgn pokok ni... bunganya tahan lama boleh sampai 3 bulan sebab itu selain dari hydrangea org panggil pokok ni pokok bunga tiga bulan. tp dlam menikmati kecantikannya tu ada juga keburukannya... pokok ni beracun... kalau ada anak-anak kecil kena hati2 dan peratikan mereka... takut anak2 kecil petik dan masukan ke mulut...
ReplyDelete