
Detik demi detik berlalu tanpa mampu diputar kembali. Langkah demi langkah perlu diatur pada perhentian yang sementara ini. Segala suka dan duka, senyum dan tangis pasti berbaur mencipta pengalaman dan lukisan kenangan pada kanvas kehidupan. Blog ini aku jadikan wahana untuk aku berkongsi pengalaman, pendapat dan minat bersama kalian....
Tuesday, March 22, 2011
Debar ke?...

Monday, March 7, 2011
Hati...

Tuesday, February 15, 2011
Salam Maulidur Rasul
Wednesday, February 2, 2011
Kek Lapis...bestnya...














Tuesday, February 1, 2011
Ikan ala-ala stim lagi....
Sunday, January 30, 2011
Along Dah 14 tahun


Monday, January 17, 2011
Jom Berkenalan

Apakah status anda?
Sudah tentulah akak ni isteri orang dan ibu kepada 4 orang putera dan seorang puteri....
Ceritakan tentang diri anda?
Kerjaya utama akak merupakan seorang pendidik dan lebih khusus seorang guru bahasa Melayu, tapi sorrylah ye...bahasa kat dalam blog kadang2 tak menggambarkan seorang guru bahasa.... kalau2 cikgu bahasa baca blog akak jangan marah ye.... Dulu akak ni suka menjahit, tiba2 terminat pulak dalam bidang masak-memasak ni, sekadar nak belajar dan mencuba2. Tahun ni umur akak dah masuk 40..hehehe..life begin at 40...ye ke???
Cerita Tentang Blog Anda...
Blog akak ni rasanya macam2 ada, akak sekadar ingin berkongsi suka dan duka, minat dan pengalaman untuk siapa2 yang sudi singgah dan tak jemu membaca tulisan dan paparan akak....
Dunia blog sesuatu yang menarik... tambah2 lagi bila kita ada blog sendiri.... blog ni seolah2 harta intelek kita kan... milik kita... kalau kita kreatif, cantiklah blog kita..
Nasihat anda pada rakan-rakan yang baru nak buat blog..
Buat lah... teruskan niat anda... buat cantik2, boleh kita jadi kawan nanti...
Nyatakan keunikkan yang ada pada blog anda?
Keunikan? Tak ada apa2 yang unik pada blog akak... akak manusia yang biasa2 saja.. jadi blog pun biasa2 je lah... tak nampak pun kat mana uniknya....
Sampai bile hendak menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
Hingga....hingga bila ye???? Selagi akak mampu dan terdaya membahagikan masa antara kerjaya dan aktiviti sampingan akak... (atau...selagi akak tak boring kot...)
Tag rakan2 yang anda nak kenal sangat..
Hmmm... salam perkenalan ye pada list di bawah..
Saturday, January 8, 2011
Bengkel dan Tahniah Zati D'Hati
Saturday, January 1, 2011
Selamat Tahun Baru 2011

Wednesday, December 29, 2010
Kari Kepala Ikan
Unik.....
Tuesday, December 28, 2010
Banting, Kerepek dan Kuih Koci Labu
Monday, December 6, 2010
Salam Maal Hijrah dan Tepung Talam
Pesan seorang rakan jangan lupa baca doa akhir tahun...baca 3 kali pada akhir waktu asar dan baca doa awal tahun 3 kali selepas sembahyang maghrib. Semoga Allah mengampunkan semua dosa kita pada tahun ini dan syaitan tidak akan mengganggu kita pada tahun yang bakal menjelang..
Ni untuk minum petang ni, kuih Tepung Talam. Resepinya cik antan ambik daripada Buku Aneka Minuman Petang terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd. Nak ambil gambar kulitnya pun dah tak de kulit ( punyalah merujuk...tapi hari ni je lah baru menjadi kuihnya..) kuihnya sedap tetapi agak lembik bahagian bawahnya, tapi sebenarnya cik antan suka cuma mungkin sukar sikit nak memotongnya. Satu lagi sepatutnya cik antan pakai loyang yang kecik sikit, tapi cik antan pakai loyang 10 x 10" itu yang nipis je kuihnya.... Jom layan resepiResepi Tepung Talam
Bahan-bahan Lapis Bawah
- 300gm gula merah + 500 ml air ( dimasak hingga larut)
- 150gm tepung gandum
- 50 gm tepung beras
- 25 gm tepung jagung
- 25 gm tepung kastard
- 700 ml air suam ( rasanya kena kurangkan )
- 1 sudu teh air kapur
Bahan-bahan Lapis Atas
- 600 ml santan - 1 biji kelapa
- 130 gm tepung beras
- 2 sudu makan tepung gandum
- 1 sudu teh garam
Cara Membuatnya :
- Satukan semua bahan lapisan bawah hingga sebati. Kacau di atas api sederhana hingga naik wap.
- Tuang ke dalam loyang dan kukus 25 minit.
- Satukan semua lapisan atas dan masakkan atas api sederhana hingga naik wap.
- Garis-gariskan permukaan lapisan bawah tadi. Tuangkan lapisan atas dan kukus lagi selama 20 minit.
- Sejukkan sebelum dipotong.
Sunday, December 5, 2010
Isteri-Isteri Sentiasa Dara
PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra
Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.
('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.
Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.
Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:
(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.
Thursday, December 2, 2010
Mengapa Hawa Tercipta Saat Adam Tertidur
Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun??
Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin
bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian di hadapannya, namun semakin sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya.
Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh sebab itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang sahabat yang penyayang, seorang puteri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.
Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikhabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksudnya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.
Tuesday, November 23, 2010
Alhamdulillah...akhirnya cutiku bermula....
Bermula dengan hari Isnin satu2nya hari untuk diselesaikan semua kerja di sekolah, cik antan terpaksa pulak berkejar ke KAFA Integrasi Taman Jasmin untuk Majlis Ihtifal budak2 ni. Balik sekolah hingga ke malam bertungkus lumus menyiapkan tempahan untuk Hari Kanak-Kanak SK Taman Jasmin. Pagi2 Selasa selepas menghantar semua tempahan dan nasib baiknya hubby cik antan cuti bergegas pulak ke Pilah untuk jemput Along yang dah mula bercuti jugak. Dalam perjalanan balik dapat pulak tempahan untuk hari raya.
Lepas menghantar tempahan bersiap pula memasak untuk takbir malam raya. Hari Raya pulak sibuk menolong khariah surau memasak hingga ke petang. Khamis pulak mula menyiapkan tempahan kek hantaran bertunang yang dah lebih sebulan ditempah. Pagi2 Jumaat pulak ke SK Taman Jasmin, hari anugerah Ateh dengan Angah... baliknya pulak siapkan tempahan kek dan terus hantar ke Billion. Hari Sabtu pulak bertandang ke Klang rumah adik ipar cik antan, pagi2 bangun siapkan dua loyang talam..Talam Tokyo dan Talam Suji. Hari Ahadnya pagi2 bertolak ke Alor Setar sebab hantar mak cik antan yang dah lebih 2 bulan duduk kat rumah cik antan.
Hari Isnin dah balik ke Kajang, bukannya tak nak duduk lama tapi hari ni hubby cik antan nak ke Sarawak pulak. Hari ni selesai kerja rumah mana yang patut keluar selesaikan hal anak2 dan ke sekolah selesaikan kerja yang belum selesai...Ha....bila dah balik ke rumah barulah rasa lega sebab kerja2 yang penting dah selesai... Jadi bermulalah rutin cik antan sebagai suri rumahtangga sepenuh masa... nak buat apa ye cuti ni.... rasa2nya nak buka mesin jahitlah pulak.. oven mesti tak begitu beroperasi sebab cuti...
Cantik tak gambar2 yang diupload, walau seribu kali memandang cik antan pasti tak akan puas. Tenang rasa jiwa dan raga bila memandang sawah padi yang menghijau saujana mata memandang. Cik antan dibesarkan di negeri Jelapang Padi, dan walaupun cik antan ni bukanlah daripada keluarga pesawah tapi sawah padi yang terbentang luas pasti menggamit rindu untuk pulang ke negeri kelahiran....Sunday, November 14, 2010
Angah dan UPSR
Tuesday, November 2, 2010
Majlis Graduasi SMK Jalan Bukit 2010
Sunday, October 24, 2010
Hari Kokurikulum 2010

Semalam 23 Oktober sekolah cik antan adakan Hari Anugerah Kokurikulum, dari malam sebelumnya cik antan dah caj bateri kamera, nak ambil gambar apa2 yang patut, tapi akhirnya cik antan kena ganti mc yang tak de suara, jadi gambar ni jelah yang dapat cik antan ambik dari atas pentas. Taekwando, bagus jugak cik antan tgk demo diorang ni. Sebenarnya along dgn angah pun masuk taekwando masa di Kuantan dulu, dah sampai tali pinggang biru pun, tapi bila sampai di Kajang semuanya terkubur. Along sekarang sejak masuk STJ ni join balik taekwando dan semalam sepatutnya ada ujian untuk tali pinggang, tapi tak larat la pulak cik antan nak hantar ke Seremban. Sekolah tak sediakan transport sebab kebetulan ujiannya jatuh pada minggu balik bermalam. Lain kalilah long, tapi kesiannya Along kena mula balik daripada tali pinggang putih sebab ada patern yang dia dah lupa... Apo nak dikato....Sunday, October 17, 2010
The Malaysian Cohort
Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea
Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...
-
Assalamualaikum semua... Tengok gambar tak ada kaitan kan dengan tajuk... dah lama akak menyepi, hari ni barulah rajin nak menulis. M...
-
Assalamualaikum semua... Baru balik dari sekolah ni sebab ada sukantara. Jadi hari ni memang tak ada n3 masak-memasaklah nampak gayanya. Ha...
-
Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...



